Thursday, January 10, 2008

Sai

Sai

Sai dalam siri anime Naruto Shippuden
Sai dalam siri anime Naruto Shippuden


Latar Belakang

Sai merupakan salah satu ahli dari cabang pasukan khas ANBU yang bergelar ROOT (Akar) dari perkampungan ninja Konoha yang kini tdak lagi bergiat aktif. Ia merupakan seorang ninja ANBU yang mempunyai kuasa berunsur ninjutsu artistik. Walau bagaimanapun, Sai bukanlah nama sebenarnya, ia merupakan satu kod nama yang diberikan kepadanya oleh Danzo untuk misi menyeludup ke pasukan ke-7-nya. Sai bertanggungjawab menggantikan tempat Uchiha Sasuke yang kini menjadi ninja pelarian di sisi Orochimaru. Nama sebenarnya masih belum diketahui dan satu-satunya yang pasti Sai sebaya dengan Naruto dan yang lain.

Sai menggunakan skrol, berus warna dan dakwat untuk menghasilkan binatang berbentuk lukisan yang akan mengikut arahannya. Sai turut membawa sebilah pedang yang disimpan di belakang badannya.

Misi pertamanya selepas memasuki Kumpulan ke-7 (tanpa pengetahuan mereka) adalah untuk membunuh Uchiha Sasuke kerana ancaman yang disebabkan olehnya ke atas perkampungan Konoha. Namun selepas menyedari ikatan perhubungan antara Naruto dengan Sasuke, Sai membuat keputusan untuk melindungi ikatan perhubungan tersebut dan cuba menyelamatkan Sasuke daripada Orochimaru.

Sikap Sai terhadap Uzumaki Naruto dan Haruno Sakura pada awalnya agak kasar dan tidak bersopan. Sai memperkenalkan dirinya kepada Naruto, Nara Shikamaru dan Akimichi Choji dengan menyerang hendap bagi menguji kekuatan Naruto. Dia pernah menghina Naruto dan memanggil Sakura sebagai 'hodoh' kerana tidak tahu untuk bersosial dengan orang lain.

No comments: