Thursday, January 10, 2008

Perkembangan dan populariti

Populariti siri ini (terutamanya di Jepun) dapat disamakan dengan populariti karya Dragon Ball,Akira Toriyama yang juga merupakan sebuah siri manga popular berasaskan aksi.

Sejak terciptanya siri ini, banyak laman-laman web peminat dibuka dan mengandungi maklumat terperinci, panduan, dan forum. Ada sesetengah laman web peminat mensasarkan kepada pembaca berbahasa Ingeris sejurus selepas manga dalam Bahasa Inggeris diedarkan pada bulan Ogos 2003.

Bermula dengan tayangan perdana siri animenya di Amerika Utara pada tahun 2005, beberapa laman peminat menterjemahkan karya itu dan mengedarkannya secara percuma di internet. Siri-siri ini mendapat sambutan yang menggalakkan apabila sebanyak 100,000 muat turun dilakukan sepanjang minggu pertama ia boleh dimuat turunkan. Anime ini mula ditayangkan di Malaysia pada awal 2004 oleh Astro Ria dan TV3 pada awal 2005. Sehingga kini anime naruto sangat popular di Malaysia dan bahan - bahan berkaitannya mudah didapati.

No comments: