Thursday, January 10, 2008

Musuh 3 - Akatsuki

Akatsuki


Akatsuki (? bererti "subuh" or "fajar") Akatsuki yang bermaksud dinihari atau subuh ialah satu pakatan jahat dalam siri anime/manga Naruto. Organisasi ini diperkenalkan di pertengahan cerita Bahagian Pertama. Dalam Bahagian Kedua pula, ahli-ahlinya lebih menonjol sebagai watak antagonis utama. Organisasi ini dianggotai oleh ninja buruan pangkat-S. Kesemua ahli Akatsuki merupakan watak antagonis yang utama dalam Bahagian Kedua Naruto. Pakatan ini mempunyai ahli ninja yang bertaraf kelas-S dan adalah penjenayah yang telah membelakangi kampung asal masing-masing.

Organisasi Akatsuki dianggotai sepuluh orang ninja kelas-S (hanya sembilan orang ahli sahaja buat masa ini). Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri dalam teknik ninja. Mereka juga berasal dari kampung yang berlainan. Dua orang anggota yang paling dikenali - Itachi dan Kisame - mempunyai tugas yang paling berat iaitu memburu musang berekor sembilan di dalam tubuh Naruto berbanding dengan anggota lain yang hanya memburu biju berekor satu hingga lapan.


Organisasi

Perjumpaan rahsia Akatsuki
Perjumpaan rahsia Akatsuki

Akatsuki adalah organisasi yang tidak rasmi dalam dunia Naruto. Mereka jarang dilihat keseorangan dan biasanya berduaan dengan pasangannya. Biasanya mereka akan berhubung dengan ahli-ahli lain apabila perlu. Pada musim kedua Naruto, gerak geri, aktiviti dan rancangan Akatsuki banyak ditonjolkan. Anggotanya tidak mempedulikan hidup mati ahli-ahli Akatsuki lain kerana perkara terpenting bagi mereka adalah setiap misi mencapai kejayaan.

Matlamat

Matlamat utama Akatsuki ialah menakluki dunia. Untuk merealisasikan impian tersebut, pemimpin Akatsuki telah merancang tiga prosedur yang perlu dilaksanakan. Pertama, mereka harus memperoleh wang yang banyak bagi menyokong tindakan dan rancangan Akatsuki. Kedua, mereka akan menubuhkan pasukan ketenteraan yang tidak setia kepada mana-mana kampung. Untuk membina reputasi pasukan ini, mereka akan menerima semua jenis misi dengan bayaran yang lebih rendah daripada biasa. Segala kos dan perbelanjaan misi akan ditanggung oleh wang yang dikumpulkan melalui prosedur pertama. Oleh sebab tiada peperangan berlaku dalam jangka masa terdekat, kampung-kampung ninja tidak boleh mengenakan harga yang murah terhadap setiap misi. Maka, kampung-kampung kecil akan mengupah pasukan ketenteraan Akatsuki daripada kampung ninja untuk menjimatkan wang. Dengan menggunakan syaitan berekor, Akatsuki boleh memulakan peperangan dan memusnahkan kampung-kampung kecil lantas meneguhkan reputasi mereka dan meyakinkan setiap negara bahawa mereka perlu bergantung pada Akatsuki. Maka, Akatsuki akan mendominasi pasaran perkhidmatan ninja. Lama kelamaan, kampung-kampung ninja akan tumbang kerana kekurangan sumber kewangan . Akhirnya, setelah Akatsuki menjadi kuasa ninja utama, mereka dapat menawan negara lain dengan mudahnya.

Mereka mula giat menjejaki dan memburu syaitan berekor yang bebas dan perumahnya. Apabila syaitan berekor berjaya ditangkap, ia akan dikurung dalam sebuah tugu yang besar sehinggalah ia akan digunakan pada masa bersemuka. Akatsuki kini mempunyai enam syaitan berekor; syaitan berekor satu (Shukaku), syaitan berekor dua (Syaitan Kucing), syaitan berekor tiga dan tiga lagi syaitan berekor yang belum diketahui.

Pasukan

Ahli-ahli Akatsuki bekerja dalam pasukan dua orang. Setiap pasukan disusun agar ahli-ahli saling melengkapi dan menjadikan kumpulan mereka lebih kuat. Misalnya, Hidan dan Kakuzu yang tidak boleh mati dalam pertempuran menggunakan kebolehan istimewa ini untuk memusnahkan segala-galanya di hadapan mereka. Oleh sebab Orochimaru meninggalkan Akatsuki, bilangan ganjil ahli Akatsuki memaksa seorang atau lebih bekerja secara sendirian. Sehingga kini, Zetsu, pemimpin Akatsuki dan seorang ahli yang tidak dinamakan tidak berada dalam mana-mana pasukan. Setiap ahli menunjukkan kesetiaan kepada pasangannya dan ketua Akatsuki dan masing-masing boleh bekerjasama dengan pasangannya dengan sangat cekap. Tetapi, hubungan peribadi antara ahli agak rapuh; mereka nampaknya membenci sesama sendiri tetapi mengetepikan perasaan tersebut semasa bekerja.

Proses Mencabut Syaitan Berekor

Apabila seorang ahli Akatsuki menangkap syaitan berekor atau pun perumahnya, ia akan dibawa ke sarang Akatsuki. Di sana, ketua Akatsuki akan menyeru sebuah tugu gergasi yang berupa raksasa. Dia tidak perlu berada di situ untuk menyeru tugu tersebut dan ahli-ahli Akatsuki juga tidak diwajibkan berada di sana untuk membolehkan tugu itu berfungsi. Tugu itu sendiri melambangkan jampi pengurungan atau pengehadan. Raksasa yang digambarkan pada tugu itu digari tangannya, ditutup matanya dengan kain dan disumbat mulutnya dengan bit. Bit tersebut akan jatuh apabila ahli Akatsuki sedang mengurung syaitan berekor. Pada kepala raksasa terdapat sembilan biji mata yang tertutup; empat mata dalam setiap barisan (terdapat dua barisan mata pada mukanya) yang dihubungkan kepada mata kesembilan yang paling besar.

Selepas diseru, syaitan berekor atau perumahnya diletakkan di hadapan tugu dan setiap ahli berdiri di atas jari raksasa yang berkenaan berdasarkan kedudukan cincin masing-masing. Ahli-ahli kemudiannya melakukan 'Fūin Jutsu: Genryū Kyū Fūjin, 封印術・幻龍九封尽' (Jampi Mengurung: Ilusi Sembilan Naga Menelan Azimat) untuk menarik semangat syaitan berekor ke dalam tugu. Apabila syaitan berekor berjaya dicabut dan disimpan di dalam tugu, kesemua mata pada tugu tersebut akan terbuka dan anak mata terbentuk pada mata tugu yang melambangkan kedudukan syaitan berekor tersebut.

Cincin

Cincin Itachi
Cincin Itachi

Setiap ahli Akatsuki memakai sebentuk cincin yang unik dan tiada ahli memakai cincin mereka pada jari yang sama. Pada asalnya, terdapat 10 bentuk cincin yang dipunyai oleh Akatsuki tetapi apabila Orochimaru meninggalkan organisasi tersebut, dia membawa cincinnya bersama-sama. Malah, cincin tersebut masih tersarung pada jari kelingking kirinya. Cincin Akatsuki nampaknya mengandungi makna yang tersirat; Tobi percaya bahawa dia boleh menjadi ahli Akatsuki seandainya dia menjumpai cincin Sasori. Walaupun Zetsu mengatakan bahawa proses untuk menjadi ahli Akatsuki tidaklah sebegitu mudah, Tobi benar-benar berjaya menganggotai Akatsuki selepas itu. Deidara pula meluahkan keinginan untuk mencari tangan yang masih tersarung cincin Akatsuki demi cincin kepunyaannya semata-mata. Setiap cincin juga bertulis kanji yang istimewa.

  • 零, rei (sifar). Digunakan oleh pemimpin Akatsuki.
  • 青龍, Seiryū (Naga Kelam). Digunakan oleh Deidara
  • 白虎, Byakko (Harimau Putih). Digunakan oleh ahli yang tidak bernama.
  • 朱雀, Suzaku (Burung 'Phoenix'). Digunakan oleh Uchiha Itachi.
  • 玄武, Genbu (Kura-kura Hitam). Digunakan oleh Zetsu.
  • 空陳, Kūchin (Kekosongan). Digunakan oleh bekas ahli Akatsuki, Orochimaru dan masih dimilikinya.
  • 南斗, Nanju (Pemburu). Digunakan oleh Kisame.
  • 北斗, Hokuto (Biduk). Digunakan oleh Kakuzu
  • 三台, santai (Tiga Peringkat). Digunakan oleh Hidan.
  • 玉女, gyokunyo (Teruna). Digunakan oleh Tobi; dahulunya digunakan oleh arwah Sasori

Pakaian dan Imej

Pakaian yang dikenakan oleh ahli-ahli Akatsuki
Pakaian yang dikenakan oleh ahli-ahli Akatsuki

Ahli Akatsuki mengenakan pakaian yang seragam; jubah yang panjang dan berwarna hitam yang dihiasi awan merah dan kolar tinggi. Semua ahli juga mewarnakan kuku jari tangan dan kaki dengan warna ungu. Topi kon yang diperbuat daripada jerami dengan loceng kecil juga merupakan sebahagian daripada pakaian mereka tetapi topi ini selalunya dibuang selepas identiti mereka terbongkar. Topi ini juga mungkin digunakan sebagai aksesori tambahan untuk melindungi identiti sebenar.

Pelindung Dahi

Ahli-ahli Akatsuki masih memakai pelindung dahi asal tetapi dicalarkan pada bahagian jata kampung masing-masing. Tindakan ini menunjukkan hubungan antara shinobi berkenaan dengan kampung asalnya telah diputuskan. Sehingga kini, pemimpin Akatsuki, Tobi dan ahli yang tidak bernama tidak memakai pelindung dahi. Maka, kampung halaman mereka masih tidak diketahui. Tetapi, pelindung dahi Hidan yang jelas kelihatan pula tidak dikenali. Maka asal-usul Hidan juga merupakan satu misteri.

Ahli-ahli

Pein (Pemimpin Akatsuki)

  • Status keahlian: Pemimpin yang masih aktif
  • Cincin: 零 (sifar)
  • Pasangan: Konan
  • Kemunculan pertama: Bab 327
  • Ciri-ciri: Mempunyai tindikan atau tatu di pangkal hidungnya.

Merupakan pemimpin negeri hujan.Pemimpin organisasi Akatsuki ialah seorang individu yang misteri. Tiada ahli yang memanggilnya dengan nama sebenarnya tetapi menggelarnya 'ketua'. Wajahnya juga jarang-jarang ditunjukkan. Dia sangat dihormati oleh ahli-ahli Akatsuki (Hidan, seorang ahli baru, adalah satu kekecualian) dan merupakan orang yang memberi arahan kepada tindak-tanduk Akatsuki yang seterusnya. Dia memulakan dan menyelia jurus yang digunakan untuk mencabut semangat syaitan berekor daripada perumahnya. Dia juga boleh mereplikasi orang bawahannya dengan menggunakan korban manusia bagi membolehkan ahli-ahli Akatsuki bertempur tanpa menanggung apa-apa risiko kecederaan. Seandainya dia ingin berkomunikasi dengan ahli-ahli lain, dia boleh berbuat demikian melalui telepati.

Pemimpin Akatsuki bernama Pein. Tetapi, halaman pertama bab 317 memaparkannya dengan rambut merah dan pangkal hidung yang telah ditindik atau ditandakan dengan tatu. Dia juga sedang duduk di atas patung yang pelik yang ditembusi banyak saluran serta tiub sambil berkata, "Hidan dan Kakuzu selalu menimbulkan masalah." Patung tersebut bertempat di sebuah bandar yang kelihatan jauh lebih moden daripada yang ditunjukkan dalam siri Naruto.

Pemimpin Akatsuki mempunyai pengetahuan yang luas tentang pelbagai kampung dan keadaan politik serta ekonomi negara-negara besar. Semasa Hidan merujuk ninja Konoha sebagai 'manusia tidak bertuhan', ketuanya memberi penerangan pendek tentang 'Semangat Api Konoha' dan kemudiannya menjelaskan bahawa setiap negara mempunyai amalan yang sama dalam pertarungan mereka.

Deidara

  • Status keahlian: telah mati,belum diganti
  • Kedudukan cincin: Jari telunjuk kanan
  • Pasangan: dahulunyaTobi, dahulunya Sasori
  • Kemunculan pertama: Bab 247, Shippuuden episod 2
  • Ciri-ciri: Pakar menggunakan tanah liat yang boleh meletup, mempunyai mulut yang boleh memanipulasi tanah liat pada tapak tangannya, penutup mata pada mata kiri

Merupakan ninja buruan dari Iwagakure (Kampung Batu) dan pasangan Tobi.

Deidara pernah sepasukan dengan Sasori dan memanggilnya Tuan Sasori. Hal ini mungkin kerana Deidara menghormati seorang ninja yang mementingkan kesenian. Dia juga mengaku bahawa Sasori jauh lebih kuat daripadanya. Tetapi, Deidara masih suka berbahas dengan Sasori tentang makna sebenar 'seni' dan mengingkari arahan Sasori walaupun diugut akan dibunuh. Deidara melihat seni sebagai sesuatu yang telus dan berlalu dengan segera. Sasori pula mempercayai bahawa seni ialah sesuatu yang amat cantik dan boleh bertahan lama. Pendapat mereka mencerminkan sifat semulajadi masing-masing; Deidara membuat ukiran tanah liat yang boleh meletup manakala Sasori membuat boneka yang tahan lama daripada mayat manusia). Deidara amat menghormati pandangan Sasori tetapi masih berkata dengan sinisnya selepas kematian Sasori, "Macamlah sesuatu seni boleh ditinggalkan demi masa hadapan... Dia dibunuh terus oleh orang lain!"

Deidara menggunakan mulut unik pada setiap tapak tangannya untuk memanipulasi tanah liat kepada pelbagai bentuk. Selalunya, ukiran-ukirannya mengambil bentuk haiwan. Dia sering membentuk patung burung sebagai medium pengangkutannya. Deidara juga boleh membentuk haiwan lain yang lebih kecil untuk menyerang hendap musuh.

Deidara muncul buat kali pertama dalam misi menculik Gaara dari Sunagakure (Kampung Pasir). Deidara pada mulanya tidak mampu bertahan lama di bawah teknik-teknik hebat Gaara. Malah, dia kehilangan tangannya dalam pertarungan tersebut. Sebenarnya, kejadian kehilangan tangannya adalah sebahagian daripada strateginya. Dengan mengugut untuk memusnahkan Sunagakure, Deidara berjaya mengalihkan perhatian Gaara daripada tanah liatnya yang berjaya diseludup ke dalam pasir Gaara. Apabila tanah liatnya meletup, Gaara hilang kesedaran. Deidara kemudiannya berkata bahawa seorang Kage tipikal akan memilih untuk menyelamatkan kampungnya daripada nyawa sendiri.

Selepas kematian Gaara, Deidara bersemuka dengan Uzumaki Naruto dan Hatake Kakashi. Deidara sekali lagi kehilangan tangannya, kini kepada Mangekyo Sharingan Kakashi yang dibangunkan dalam pertarungan. Apabila Pasukan Gai tiba untuk membantu, Deidara cuba menyerang sekali lagi; salah satu klon tanah liatnya menelan tanah liat sebanyak mungkin dan menjadi bom yang besar. Kakashi menghantar klon tersebut ke dimensi lain dengan Mangekyo Sharingan sementara Deidara yang sebenar melarikan diri. Deidara kemudiannya cuba mencari semula tangan kanannya yang masih tersarung cincin Akatsuki tetapi menemui Tobi dan Zetsu di sebelah tangannya. Kedua-dua ahli Akatsuki tersebut terkejut melihat Deidara walhal Sasori tewas dan mati dalam pertarungan. Tobi kemudiannya bertanyakan tahap kecederaan Deidara. Jawapannya adalah sangat jelas; Deidara kehilangan kedua-dua belah tangannya. Deidara, geram, cuba membunuh Tobi. Akhirnya, Deidara menggunakan kakinya untuk menjerut leher Tobi dalam aksi yang melucukan.

Kedua-dua tangan Deidara disambungkan semula ke badannya oleh Kakuzu dan mendapat Tobi sebagai pasangannya. Deidara mudah berasa marah atas perangai Tobi yang jarang-jarang mendengar kata Deidara. Tobi juga sentiasa cuba mendapat pengiktirafan daripada segala usaha Deidara. Selepas mereka berdua berjaya menangkap syaitan berekor tiga, Deidara menegur Tobi tentang sikap keyakinan yang terlampau. Deidara kemudiannya berasa sangat marah apabila mendapati Tobi tidur dan tidak mendengar nasihatnya. Deidara cuba membangunkan pasangannya dengan meletupkan Tobi dengan tanah liat.Namun,dia telah letupkan dirinya untuk membunuh Sasuke tetapi Sasuke melarikan diri.

Hidan

  • Status keahlian: Telah Mati,Belum diganti
  • Kedudukan cincin: Jari telunjuk kiri
  • Pasangan: Dahulunya Kakuzu
  • Kemunculan pertama: Bab 312
  • Ciri-ciri: Tidak boleh mati, bersenjatakan sabit tiga bilah

Merupakan ninja buruan dari sebuah kampung yang tidak diketahui dan ahli kedua terbaru (Tobi ialah ahli terbaru). Tidak seperti ahli-ahli Akatsuki yang lain, Hidan tidak berapa menghormati ketuanya. Dia berpasangan dengan Kakuzu walaupun mereka berdua saling membenci. Kakuzu tidak mempunyai kesabaran terhadap gaya berlawan, agama dan percakapan Hidan kerana mengambil masa yang terlalu panjang. Hidan pula tidak menyukai cita-cita Kakuzu yang berlawan demi wang.

Hidan menganuti agama Jashin, suatu agama yang menyembah Tuhan Jashin dan menggalakkan pembunuhan. Oleh sebab itu, Hidan tidak suka melepaskan mangsa buruannya hidup-hidup dan selalu bersembahyang sebelum memulakan pertarungan yang tidak membenarkannya membunuh. Apabila sesuatu pertarungan bermula, Hidan tidak suka dipaksa berhenti atau diganggu. Selepas pertarungan, jika dia mempunyai masa, dia akan menjalankan suatu sesi setengah jam; Hidan akan menikam dadanya dan berbaring di atas tanah.

Hidan tidak boleh mati. Dia masih boleh hidup walaupun telah ditikam beberapa kali di bahagian penting dan dipancung kepalanya. Anggota badan yang terpisah daripada badan asalnya harus dicantumkan semula untuk membolehkan Hidan menguasai anggota tersebut. Keupayaan Hidan menyebabkannya diletakkan sepasukan dengan Kakuzu yang telah membunuh semua pasangannya kerana perasaan marah. Oleh sebab Hidan tidak boleh mati, Kakuzu boleh menyerang pihak lawan dengan apa-apa cara tanpa perlu merisaukan keselamatan Hidan. Walaupun Hidan tidak boleh mati, dia telah beberapa kali melahirkan hasrat agar pihak lawan terkini mampu membunuhnya.

Hidan menggunakan sejenis sabit tiga bilah sebagai senjata dalam pertempuran. Sabit ini boleh dilontar dan dikawal pada seutas tali yang dililitkan pada pergelangan tangannya. Walaupun dia mampu mencederakan shinobi yang handal dengan senjata ini, Hidan mengakui dirinya sebagai ahli Akatsuki yang paling lambat untuk memulakan serangan. Tiga bilah sabit pada senjatanya bukan bertujuan untuk mencederakan pihak lawan dengan lebih teruk tetapi untuk meninggikan peluang memperoleh darah pihak lawan. Jika sabit ini tidak dapat digunakan, Hidan boleh menukarkan bentuk senjatanya kepada sebatang lembing.

Dalam pertarungan, apabila Hidan berjaya memperoleh dan kemudiannya meneguk darah pihak lawan, Hidan akan melukis simbol azimatnya pada tanah dengan darah sendiri. Selepas itu, Hidan memasuki simbol tersebut dan bertukar rupa; hampir kesemua kulitnya menjadi hitam dan garisan putih muncul pada kedudukan tulang-tulangnya. Apabila transformasi ini lengkap, Hidan dan pihak lawannya membentuk satu 'rangkaian' dan segala kecederaan yang berlaku atas Hidan akan turut menjejaskan pihak lawannya. Biasanya, Hidan membunuh mangsanya dengan menikam dirinya di dada dengan sebilah lembing. Bagi menjamin keberkesanan teknik ini, Hidan perlu sentiasa berada di dalam lingkungan simbolnya. Jika dia beralih kedudukan, rangkaian antara Hidan dengan mangsanya akan putus. Tetapi, dia boleh kembali ke dalam simbol azimatnya untuk menyambung semula rangkaian tersebut.

Uchiha Itachi

  • Status keahlian: Aktif
  • Kedudukan cincin: Jari manis kanan
  • Pasangan: Hoshigaki Kisame
  • Kemunculan pertama: Bab 139, episod 80
  • Ciri-ciri: Menguasai Sharingan dan Mangekyo Sharingan, menguasai jurus Uchiha yang berelemen api


Hoshigaki Kisame

  • Status keahlian: Aktif
  • Kedudukan cincin: Jari manis kiri
  • Pasangan: Uchiha Itachi
  • Kemunculan pertama: Bab 139, episod 80
  • Ciri-ciri: Rupa paras yang melambangkan ikan jerung, pakar mengendalikan jurus berelemen air, mempunyai sumber chakra yang sangat besar, kekuatan fizikal dan ketangkasan yang tinggi, pemilik kepada pedang Samehada (pedang yang boleh menyerap chakra)

Merupakan ninja buruan dari Kirigakure (Kampung Kabus). Kemunculan pertama mereka adalah selepas serangan ke atas Konoha oleh Orochimaru untuk menculik Uzumaki Naruto. Rancangan mereka digagalkan oleh Jiraiya. Itachi menerangkan bahawa belum tiba masanya untuk menangkap Naruto dan Naruto boleh ditangkap bila-bila masa dengan tahap kemahiran ninja pada masa tersebut. Tidak seperti pasukan-dua-orang dalam Akatsuki, Itachi dan Kisame boleh bergaul tanpa banyak masalah.

Kisame mempunyai wajah yang menyerupai ikan jerung dengan kulit biru pucat, mata putih yang kecil, struktur seperti insang pada mukanya dan gigi yang tajam. Walaupun kelihatan ganas dan suka berlawan, Kisame bertutur dengan lebih tenang dan beradab jika dibandingkan dengan ahli Akatsuki yang lain.

Kisame juga merupakan salah seorang daripada Tujuh Pemain Pedang dari Kabus. Kisame amat suka berlawan dan seronok mencabut mana-mana anggota badan daripada mangsanya; Kisame ingin memotong kaki Naruto supaya Naruto tidak dapat melarikan diri walhal dia boleh memengsankan Naruto dengan satu pukulan. Dalam satu pertarungan dengan Sarutobi Asuma, Kisame berasa gembira kerana dapat menghiris bahu Asuma dengan Samehada.

Senjata utama Kisame ialah Samehada, sebilah pedang yang sangat besar saiznya seperti pedang yang dimiliki Momochi Zabuza. Tidak seperti pedang biasa, Samehada diselaputi oleh banyak sisik yang tajam dan berfungsi untuk mencukur dan bukannya menhiris. Pedang tersebut juga berkeupayaan untuk menyerap chakra. Sebanyak mana chakra yang boleh diserap adalah tidak diketahui tetapi Samehada boleh menyerap chakra Kyubi tanpa sebarang masalah. Pedang ini hanya membenarkan Kisame menggunakannya. Apabila Maito Gai cuba menggunakan Samehada untuk menentang Kisame, jarum-jarum tajam muncul pada hulu pedang dan pulang semula ke pangkuan Kisame.

Kuantiti Chakra yang dimiliki oleh Samehada sangat besar seperti yang dinyatakan oleh ketuanya; satu klon Kisame dengan kuasa sebanyak 30 peratus daripada Kisame yang asal mempunyai kuantiti chakra sebanyak Naruto yang menggunakan chakra Kyubi semasa Naruto berlawan dengan Neji dalam Ujian Chunin (perkara ini diperhatikan oleh Hyuga Neji apabila dia mengkaji badan klon Kisame dengan Byakugan).

Seperti shinobi lain dari Kampung Kabus, Kisame menggunakan jurus berelemen air yang digabungkan dengan serangan fizikal sendiri. Dia juga mampu menggunakan jurus air di lokasi kering dan berupaya menukarkan kawasan yang kontang kepada sebuah tasik sebagai medan pertarungannya.

Tobi

  • Status keahlian: Aktif
  • Kedudukan cincin: Ibu jari kiri
  • Pasangan: Deidara
  • Kemunculan pertama: Bab 280
  • Ciri-ciri: Topeng jingga dengan lubang mata tunggal yang dihiasi dengan lingkaran yang menumpu ke mata kanannya

Tobi merupakan bekas orang bawahan Zetsu dan menjadi ahli Akatsuki yang sah selepas kematian Sasori. Dia kini menggunakan cincin yang dahulunya digunakan oleh Sasori dan mengambil tempatnya sebagai pasangan Deidara. Tobi tidak memakai sebarang pelindung dahi. Jadi, kampung halamannya masih tidak diketahui.

Kemahiran Tobi yang sebenar masih belum ditonjolkan kerana dia belum dipaparkan dalam mana-mana pertempuran. Baru-baru ini, dia dan Deidara berjaya menangkap syaitan berekor tiga. Tobi nampaknya tidak membuat apa-apa kecuali malarikan diri daripadanya. Selepas peristiwa tersebut, Tobi mendakwa bahawa dia berjaya menumpaskan syaitan berekor tiga dengan satu serangan tetapi Deidara menafikan hal tersebut; Deidara mengatakan keseniannya (tanah liat Deidara) yang menyumbang kepada kejayaan misi.

Walaupun wajah sebenar Tobi belum disaksikan, Zetsu memanggil Tobi 'budak baik' dan memberi implikasi bahawa Tobi masih muda. Dia menghormati Deidara dan memanggilnya Deidara-senpai (senpai merujuk kepada senior dan mentor). Personaliti Tobi juga agak berbeza dengan ahli Akatsuki yang lain. Majoriti anggota Akatsuki bersikap serius dan pendiam, malah menunjukkan rasa benci terhadap ahli lain, Tobi lebih ceria dan keanak-anakan seperti Naruto. Personaliti Tobi tidak menggembirakan Deidara yang berpendapat bahawa semua ahli Akatsuki mesti bersikap matang dan tenang. Tobi suka membangkitkan kemarahan Deidara dengan tidak sengaja dan mengakibatkan Deidara menyerang Tobi dalam aksi yang melucukan.

Selepas kematian Deidara, Tobi mendedahkan bahawa dirinya yang sebenar ialah kaum Uchiha dan mengatakan kebangkitan kuasa Uchiha Madara. Siapakah Tobi sebenarnya? Beliau merupakan pengasas kumpulan Akatsuki. Selama ini, beliau yang memberikan arahan kepada Pein untuk menjalankan tugas menangkap semua bijuu. Madara mahu menguasai kebolehan sebenar Sharingan yang lebih kuat daripada Mangekyo Sharingan.

Konan

  • Status keahlian: Aktif
  • Kedudukan cincin: Jari hantu kanan
  • Pasangan: Pein
  • Kemunculan pertama: Bab 238, episod 135
  • Ciri-ciri: Aksesori seperti bunga di rambutya,bertukar menjadi kertas.

Ahli ini mempunyai rambut yang berwarna biru dan memakai aksesori seperti sekuntum bunga di rambutnya.

Zetsu

  • Status keahlian: Aktif
  • Kedudukan cincin: Jari kelingking kanan
  • Pasangan: Tiada atau belum diperkenalkan
  • Kemunculan pertama: Bab 234, episod 134
  • Ciri-ciri: Suatu perisai seperti periuk kera di sekitar badannya, memiliki dua personaliti, kulit badan yang berwarna hitam dan putih, kanibal

Merupakan ninja buruan dari Kusagakure (Kampung Rumput). Dia berfungsi sebagai pengintip bagi Akatsuki. Kepalanya diselubungi oleh suatu perisai seperti periuk kera yang juga menutupi seluruh anggota badannya. Bahagian kanan tubuhnya berwarna hitam manakala bahagian kiri pula berwarna putih. Matanya tidak mempunyai pupil seperti pengguna Byakugan. Zetsu boleh bergabung dengan tanah, pokok dan tumbuhan lain lantas membenarkannya menjelajah jauh dengan cepat. Setakat ini, ahli-ahli Akatsuki memaklumkan Zetsu tentang berita-berita tertentu seolah-olah Zetsu merupakan orang atasan. Tetapi, hal ini mungkin kerana Zetsu telah diarahkan oleh ketua Akatsuki untuk berbuat demikian.

Zetsu mempunyai dua personaliti yang berbeza. Separuh daripada mukanya bertutur dalam Katakana manakala sebahagian lagi menggunakan Kanji dan Kana. Kedua-dua bahagian ini sering saling berbahas dan mempunyai pendapat yang berlainan.

Zetsu juga berperanan sebagai ninja pemburu bagi Akatsuki. Dia dihantar untuk menghapuskan mayat klon yang berupakan ahli-ahli sebenar Akatsuki. Untuk melakukan perkara ini, Zetsu menelan dan mencernakan mayat tersebut. Zetsu juga merupakan orang yang menjumpai cincin milik Sasori dan Deidara. Anak buahnya, Tobi mengambil tempat Sasori sebagai ahli Akatsuki selepas kematian Sasori.

Bekas Ahli

Kakuzu

  • Status keahlian: Telah mati, belum digantikan
  • Kedudukan cincin: Jari hantu kiri
  • Pasangan: Hidan
  • Ciri-ciri: Dapat memanjangkan tempoh hayat dengan mencabut dan melakurkan jantung manusia asing dengan badan sendiri, boleh memiliki lima jantung pada sesuatu masa, dapat menggunakan kesemua lima elemen chakra, badan mengandungi banyak benang untuk menyerang dan memanipulasi anggota badan

Kakuzu ialah ninja buruan dari Kampung Air Terjun. Dia sepasukan dengan Hidan walaupun mereka berdua tidak menyenangi kehadiran masing-masing. Kakuzu tidak mempunyai kesabaran terhadap gaya berlawan dan percakapan Hidan yang mengambil masa terlalu panjang manakala Hidan pula tidak suka sikap Kakuzu yang berlawan demi wang. Walaupun begitu, mereka berdua saling melengkapi dan membentuk pasukan yang amat kuat. Kakuzu merupakan salah satu watak yang paling lanjut usianya kerana dia mendakwa pernah bertempur dengan Hokage Pertama.

Kakuzu adalah seorang individu yang tamak. Kakuzu paling suka memburu orang yang dikehendaki untuk memperoleh ganjarannya sambil melaksanakan misi-misi lain. Malah, Kakuzu telah pun menghafal maklumat tentang orang yang dikehendaki yang tinggi harganya. Pandangannya terhadap wang menyebabkan Kakuzu menggelar dirinya sebagai 'Bendahari Akatsuki'. Kakuzu juga merupakan seorang yang panas baran dan selalu membunuh orang di sekitarnya apabila marah. Oleh sebab banyak ahli Akatsuki yang berpasangan dengan Kakuzu telah mati dibunuh olehnya, Hidan yang tidak boleh mati akhirnya menjadi pasangan Kakuzu. Dengan ini, Kakuzu boleh menyerang Hidan tanpa perlu bimbang akan keselamatan Hidan.

Namun demikian, Kakuzu bersikap lebih berwaspada daripada Hidan dan sering menasihati Hidan agar tidak terlalu leka. Kakuzu juga lebih menurut perintah; dia mematuhi arahan Ketua Akatsuki untuk berhenti menyerang dan mendesak Hidan agar berbuat demikian walaupun tindakan ini akan menyebabkan Kakuzu kehilangan wang ganjaran yang banyak.

Kakuzu mempunyai badan yang unik yang terdiri daripada benang hitam. Kakuzu boleh meleraikan benang ini untuk melontar mana-mana anggota badannya bagi tujuan serangan jarak jauh. Benang-benang ini juga boleh digunakan untuk menyerang dan mampu menikam badan seseorang dengan mudahnya. Bilangan benang di dalam badan Kakuzu juga tidak terhad; Kakuzu dapat menggunakannya untuk menggandakan saiz badannya. Selain itu, Kakuzu boleh menggunakan benang tersebut untuk menghubungkan semula anggota yang terpisah kepada badan asalnya. Kebolehan ini amat berguna terutama sekali kepada Hidan; Hidan masih boleh hidup walaupun anggota badannya dipancung. Maka, Kakuzu hanya perlu menyambungkan semula anggota tersebut kepada badan asal Hidan dengan benangnya.

Benang Kakuzu juga membenarkannya mengintegrasi organ asing ke dalam sistemnya. Dengan ini, jangka hayatnya dapat dipanjangkan. Kakuzu menggunakan jantung bagi mencapai tujuan tersebut dan menyimpan empat jantung tambahan. Jantung-jantung ini disimpan di belakangnya dengan topeng haiwan dijahit pada organ-organ tersebut. Setiap topeng boleh berpisah dengan badan Kakuzu dan menyerang secara individu. Apabila hal ini berlaku, Kakuzu boleh menggunakan elemen chakra tertentu (elemen api, angin dan kilat telah ditunjukkan dalam manga). Topeng-topeng ini boleh bergabung untuk meningkatkan kuasa serangan. Seandainya jantung Kakuzu dimusnahkan, salah satu daripada jantung simpanan akan segera bersebati dengan tubuh Kakuzu. Topeng jantung tersebut pula akan mereput menjadi debu. Biasanya, selepas itu, Kakuzu akan cuba mengambil jantung pihak lawannya sebagai ganti jantung simpanan yang telah digunakannya.

Kakuzu bersikap analitik dan dapat mengenal pasti gaya serangan pihak lawan dengan cepat. Hal ini mungkin kerana pengalaman pertempuran yang banyak (Kakuzu telah hidup selama beberapa generasi dengan bantuan jantung-jantung simpanannya). Kakuzu juga mempunyai jurus pertahanan bersifat tanah iaitu 'Kurogane Karada, 鉄ボディ' (Tubuh Besi) yang meningkatkan kekuatannya dan pada masa yang sama, menjadikan Kakuzu kebal terhadap sebarang serangan fizikal.

Orochimaru

  • Status keahlian: Telah meninggalkan Akatsuki, belum diganti
  • Kedudukan cincin: Jari kelingking kiri
  • Pasangan: Dahulunya Sasori



Sasori

  • Status keahlian: Telah mati, digantikan oleh Tobi
  • Kedudukan cincin: Ibu jari kiri
  • Pasangan: Dahulunya Orochimaru dan Deidara
  • Ciri-ciri: Pakar mengawal boneka, boleh membuat boneka daripada mayat manusia

Turut dikenali sebagai '赤砂のサソリ, Akasuna no Sasori' (Sasori Pasir Merah). Dia merupakan seorang ninja buruan dari Sunagakure (Kampung Pasir). Sasori meninggalkan kampungnya 20 tahun sebelum wataknya diperkenalkan dalam siri Naruto. Beberapa imbas kembali memberi bayangan bahawa hati Sasori dikorupsi oleh kejahatan selepas kematian ibu bapanya dan percubaannya untuk menukarkan mayat orang tuanya kepada boneka (mereka ialah boneka manusia pertama yang dicipta). Selepas meninggalkan Sunagakure, Sasori menganggotai Akatsuki dan berpasangan dengan Orochimaru. Selepas Orochimaru meninggalkan Akatsuki, Sasori berpasangan pula dengan Deidara.

Sasori mahir menganimasikan boneka. Neneknya, Chiyo mengajar kemahiran ini kepada Sasori pada usia yang muda dan dia telah mencipta banyak boneka sepanjang hidupnya. Sebelum meninggalkan kampungnya, dia telah membina boneka yang kini digunakan oleh Kankuro. Sasori juga pakar menggunakan racun; racunnya akan menunjukkan kesan dengan segera dan membunuh mangsanya selepas tiga hari. Tambahan pula, racun Sasori tidak mempunyai penawarnya (Chiyo, seorang pakar racun juga gagal membuat penawar bagi mengubati luka Kankuro). Sasori juga menyapu racun pada setiap senjata yang dipasang pada bonekanya.

Sasori dan Deidara mempunyai pandangan yang bertentangan berkenaan seni. Deidara melihat seni sebagai sesuatu yang telus dan berlalu dengan segera. Sasori pula mempercayai bahawa seni ialah sesuatu yang amat cantik dan boleh bertahan lama. Pendapat mereka mencerminkan sifat semulajadi masing-masing; Deidara membuat ukiran tanah liat yang boleh meletup manakala Sasori membuat boneka yang tahan lama daripada mayat manusia). Deidara amat menghormati pandangan Sasori tetapi bukan begitu halnya dengan Sasori.

Dalam kombat biasa, Sasori memakai bonekanya seperti baju perisai dan mengawal boneka tersebut dari dalam sekaligus menghapuskan kelemahan pemanipulasi boneka yang terpaksa berasingan dengan bonekanya dan terdedah kepada serangan musuh. Boneka yang sering digunakan oleh Sasori sebagai baju perisai ialah Hiruko yang dipakaikan dengan seragam Akatsuki. Hiruko mempunyai ekor mekanikal yang boleh memanjang dari mulutnya yang kelihatan seperti topeng di belakangnya. Tangan kanan dan mulut boleh memuntahkan senjata dan butiran-butiran api.

Walaupun Sasori sepatutnya berada dalam lingkungan usia 30an, rupa parasnya tidak ubah seperti seorang remaja. Hal ini kerana kebanyakan anggota badannya ialah boneka; Sasori telah mengubah dirinya kepada boneka untuk kombat. Perutnya kini dipasang dengan tali kabel yang tebal dan dililitkan di sekeliling sebatang tiang. Tali ini digunakan sebagai penyengat dan boleh ditarik kembali bila-bila masa. Sebuah pemegang skrol dipasang pada belakangnya untuk menyimpan skrol penyeruan boneka. Sepasang tangan tambahan dipasang di belakangnya dan masing-masing mempunyai kuku tajam serta penyembur api. Pada dada kanannya pula terdapat mekanisma yang membenarkan Sasori menenun banyak tali chakra lalu membolehkannya mengawal beratus-ratus boneka pada masa yang sama. Dada kiri Sasori mengandungi jantungnya; Sasori masih boleh mengawal dan menggunakan chakranya kerana dirinya bukan seratus peratus boneka.

Oleh sebab jantungnya merupakan satu-satunya bahagian yang masih hidup bagi Sasori, kemusnahan anggota lain tidak akan mengakibatkan kematian. Sasori juga boleh memindahkan jantungnya kepada boneka lain seandainya tubuh asalnya langsung musnah atau tidak boleh digunakan lagi.

Bekas Agen

Yakushi Kabuto

  • Status: Telah meninggalkan Akatsuki


Yura

  • Status: Telah mati
  • Pangkat: Jonin
  • Kemunculan pertama: Bab 247, Shippuuden episod 2

Merupakan ahli kepada lembaga penasihat Kazekage yang dipercayai selama empat tahun. Sebenarnya, Yura ialah pengintip bagi Akatsuki dan orang bawahan Sasori. Dia digunakan oleh pemimpin Akatsuki dalam Teknik Penukaran Bentuk dan menjadi klon Uchiha Itachi. Naruto membunuhnya dengan Oodama Rasengan ketika Yura berada dalam bentuk Itachi.

No comments: