Thursday, January 10, 2008

Watak-watak

Setelah tamat pengajian di Sekolah Ninja, para pelatih institusi tersebut menjalani ujian getir yang boleh membawa maut namun menjanjikan kenaikan taraf bagi para pelatih yang berjaya. Para pelatih dibahagikan kepada pasukan bertiga dan setiap pasukan itu di bawah pimpinan seorang guru (Jōnin/上忍, bermaksud "ninja atasan").

Watak utama

Naruto, Sasuke dan Sakura merupakan tiga watak utama tersebut yang berganding bahu membentuk Team 7 dalam ujian ilmu ninja yang amat getir setelah tamat pengajian awal mereka di Sekolah Ninja Daun di bawah pimpinan seorang ninja taraf tinggi bernama Hatake Kakashi.

  • Uzumaki Naruto (うずまきナルト) - watak utama siri manga/anime yang dipercayai memendamkan roh musang syaitan berekor sembilan dalam badannya. Seorang yang berwatak nakal dan lucu tetapi bersemangat tinggi.
  • Uchiha Sasuke (うちはサスケ) - lelaki yang digilai oleh Sakura dan Ino, mula-mulanya dipandang oleh Naruto sebagai seorang pesaing tetapi lama-kelamaan menjadi kawan baiknya. Sasuke menyimpan dendam terhadap Kakaknya.
  • Haruno Sakura (春野サクラ) - gadis yang menjadi tumpuan Naruto untuk memikat teman perempuan semenjak daripada bangku sekolah lagi, namun Sakura mencintai Sasuke.
  • Hatake Kakashi (はたけカカシ) - Jonin yang diamanahkan kepada Team-7 tersebut yang terkenal dengan teknik mata Sharingan (写輪眼) yang membolehkannya menyimpan dalam memori teknik ninja lawan yang diperhatikannya

  • Pelatih dan pengajar di Sekolah Ninja yang lain
  • Pasukan 10

  • Yamanaka Ino (山中いの) - Ino merupakan kawan Haruno Sakura pertama dan membantu Sakura membentuk identiti diri. Mereka menjadi kawan baik. Tetapi kemudian Sakura mula menyukai Uchiha Sasuke, lelaki idaman rahsia Ino. Apabila Sakura mendapat tahu, dia telah menamatkan hubungan mereka dan menjadi musuh ketat untuk mendapatkan perhatian Sasuke.
  • Nara Shikamaru (奈良シカマル) - Pada mulanya, Shikamaru merupakan ninja tahap rendah yang malas dan bijak. Dia berasal dari keluarga yang boleh memanipulasikan bayang. Teknik utamanya ialah Kagemane no Jutsu (Teknik Peniruan Bayang). Shikamaru ialah seorang strategis yang bijak, dan sering bermain Go dan Shōgi dengan cikgunya, Sarutobi Asuma tetapi Asuma tidak pernah mengalahkan dia. Asuma berasa pelik kerana markah ujian Shikamaru adalah amat rendah, tetapi Shikamaru adalah amat pandai dalam permainan Go dan Shōgi. Justeru, Asuma memberi satu ujian IQ yang dia mengatakan kepada Shikamaru merupakan satu permainan, menunjukan Shikamaru merupakan seorang genuis dengan IQ melebihi 200. Shikamaru malas menjawab soalan ujian dan selalu tidur dalam ujian, menyebabkan dia mendapat markah rendah dalam ujian. Shikamaru mempunyai persahabatan yang lama dengan Akimichi Chōji. Kerjasama mereka tidak dapat ditandingi.
  • Akimichi Choji (秋道チョウジ) - Akimichi Chōji berasal dari puak Akimichi, salah satu dari empat puak penting di Kampung Daun. Sebagai seorang dari puak Akimichi, Choji telah mempelari teknik rahsia puaknya, iaitu "Baika no Jutsu ("Teknik Pelbagai Saiz")", dan teknik lain yang berkaitan. Dia dimotivasikan dengan makanan, dan benci bila orang memanggilnya gemuk. Namum demikian, dia tidak menyembunyikan bahawa dia suka makan, dan memakai baju yang tertulis "makanan".

Ketiga-tiga watak di atas menjadi sebuah pasukan di bawah pimpinan Sarutobi Asuma

Pasukan Gai

  • Rock Lee (ロック・リー) - merupakan pakar taijutsu (teknik fizikal) dan merupakan seorang yang gigih. Kerana tidak boleh mengunakan ninjutsu (teknik ninja) ataupun genjutsu (teknik ilusi), dia sering diketawakan kerana kekurangannya, dia telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap taijutsu (teknik fizikal) di bawah naungan senseinya, Maito Gai. Melalui latihan, dia menjadi amat kuat dalam bidang taijutsu sehingga dibenarkan lulus dalam akedemi ninja.
  • Hyuga Neji (日向ネジ) - berasal daripada puak Hyūga yang mahir dalam teknik Mata Putih (Byakugan)
  • Tenten (テンテン)- merupakan Genin yang telah lulus akademi ninja setahun lebih awal dari Naruto dan rakan sepasukan Rock Lee dan Hyūga Neji. Dikatakan mempunyai ketepatan yang sempurna.

Ketiga-tiga watak di atas menjadi sebuah pasukan di bawah pimpinan Maito Gai.

Pasukan 8

  • Hyuga Hinata (日向ヒナタ) - seorang gadis yang pemalu and pewaris kepada keluarga Hyuga, Hinata merupakan penguna taijutsu dari kumpulan 8 Yūhi Kurenai. Sebagai ahli keluarga Hyuga, dia mempunyai teknik Byakugan dan pakar dalam Jūken {Tumbukan Lembut}.
  • Inuzuka Kiba (犬塚キバ) - mahir dalam penguasaan anjing ninja dan mempunyai deria bau dan pendengaran yang sekuat anjing, ditemani anjing belaannya bernama Akamaru (赤丸).
  • Aburame Shino (油女シノ) - boleh mengawal serangga

Ketiga-tiga watak ini pula digabungkan di bawah pimpinan Yuhi Kurenai.

Pasukan Baki

  • Gaara (我愛羅) - Merupakan anak termuda Kazekage Keempat, maka merupakan adik kepada Temari dan Kankuro. Merupakan perumah kepada 'Ichibi' (Satu Ekor), Shukaku.
  • Temari (テマリ) - Anak perempuan kepada Kazekage keempat, Temari merupakan kakak dan rakan sepasukan dengan Gaara dan Kankurō. Dia membawa satu kipas besi raksasa di belakangnya yang merupakan senjatanya. Pakar dalam pertempuran jarak jauh.
  • Kankuro (カンクロウ) - Anak kedua kepada Kazekage Keempat yang mahir dalam mengawal boneka. Dia menyolek mukanya dengan solekan kabuki yang ditukar sebanyak tiga kali dalam siri Naruto. Bagi menunjukkan dia adalah dari golongan bangsawan, dia menggunakan warna ungu untuk menyolek mukanya.

Ketiga-tiga shinobi Pasir ini pada asalnya berada di bawah tunjuk ajar Baki (Pasukan Baki)

Ninja Konoha lain

Ninja-ninja di Konoha dikenali dan dibezakan melalui pangkat dan tugas.

No comments: