Thursday, January 10, 2008

Pangkat ninja Naruto

Di dalam siri manga dan animasi Naruto, pangkat ninja menandakan tahap kekuatan dan kuasa kumpulan ninja-ninja tertentu. Watak-watak di dalam dunia ninja Naruto melalui sesuatu ujian kelayakkan dan memperoleh penggalaman melalui latihan dan pertapaan ninja mereka. Bukan semua ninja pada pangkat yang sama mempunyai kekuatan dan kebolehan yang sama. Malah, ninja yang berpangkat rendah kadang-kala adalah lebih kuat berbanding ninja tahap tinggi. Terdapat juga ninja yang bekerja di dalam suatu pangkat ninja. Adalah penting untuk difahami yang pekerjaan 'pangkat' ninja ini bukanlah suatu pangkat rasmi, tetapi adalah untuk membezakan seseorang ninja daripada ninja-ninja biasa dunia Naruto. Hanya terdapat beberapa pangkat rasmi ninja (Genin-Chunin-Jonin) dan satu lagi dibawah Jonin.

Pangkat Rasmi

Pelajar Akademi Ninja

Akademi Ninja adalah tempat untuk individu yang ingin menjadi ninja bermula: walaubagaimnapun, mereka tidak di terima sebagai ninja secara rasmi sehinggalah mereka lulus dan menamatkan pelajaran. Pelajar akademi menerima latihan asas yang pelbagai jenis. Pengunaan senjata seperti kunai, shuriken adalah pelajaran biasa.

Selepas keluar dari ninja akademi semua pelajar yang layak menjadi ninja akan diberi pelindung dahi dengan simbol kampung masing-masing. Sesetengah kampung ninja seperti Konoha menyediakan ujian tambahan untuk memastikan sama ada mereka ini benar-benar bersedia menjadi ninja bertaraf Genin.

Golongan ini juga dikenali sebagai ninja taraf E.

No comments: