Thursday, January 10, 2008

Nara Shikamaru

Nara Shikamaru
Nara Shikamaru


Latar belakang

Pada mulanya, Shikamaru merupakan ninja tahap rendah yang malas dan bijak. Shikamaru adalah satu-satunya Genin yang dinaikkan pangkat kepada Chunin selepas tamatnya Ujian Chunin. Dia berasal dari keluarga yang boleh memanipulasikan bayang. Teknik utamanya ialah 'Kagemane no Jutsu, 影真似の術' (Teknik Peniruan Bayang). Shikamaru ialah seorang strategis yang bijak dan sering bermain Go dan Shōgi dengan gurunya, Sarutobi Asuma tetapi Asuma tidak pernah menang. Asuma berasa pelik kerana markah ujian Shikamaru adalah amat rendah tetapi Shikamaru adalah amat pandai dalam permainan Go dan Shōgi. Justeru, Asuma menguji kepintaran Shikamaru dengan satu ujian IQ tetapi dikatakan kepada Shikamaru sebagai permainan semata-mata. Keputusannya menunjukan Shikamaru merupakan seorang genuis dengan IQ melebihi 200. Oleh sebab Shikamaru malas menjawab soalan dan selalu tidur dalam ujian, dia mendapat markah yang menghampakan.

Shikamaru mungkin ialah ninja yang paling malas antara Konoha 11. Dalam suatu insiden pertempuran besar antara Konoha dengan Sunagakure dan Otogakure, Shikamaru berjaya membengkalai genjutsu yang dikenakan oleh pihak musuh tetapi berpura-pura dipengaruhi oleh teknik tersebut supaya boleh terus tidur kerana adalah terlalu menyusahkan untuk bangun dan berlawan. Dalam Ujian Chunin peringkat akhir, Shikamaru terpaksa berhadapan dengan Temari. Pernah terlintas di fikirannya untuk mengaku kalah tetapi tidak berpeluang untuk berbuat demikian apabila ditolak masuk ke arena oleh Naruto. Malah, Shikamaru pernah menggelar dirinya sebagai 'ninja nombor satu yang pandai mengelak tanggungjawab' atau 'penakut nombor satu'.

Tetapi, apabila diamanahkan denngan sesuatu tugas, Shikamaru sangat komitmen terhadap kebajikan dan keselamatan rakan sepasukannya. Walaupun dia sendiri mengakui dirinya kekurangan keberanian, Shikamaru sanggup mengorbankan dirinya dan menghadapi situasi yang mendatangkan maut demi menyelamatkan sahabatnya.

Shikamaru mendapati semua wanita dalam dunia ini suka mengarahkan orang dan menyusahkan. Mungkin pendapat sebegini adalah akibat sikap ibunya yang suka mengongkong keluarganya. Yang peliknya, ayahnya turut berpendapat sedemikian, tetapi dialah lelaki yang mengahwini ibu Shikamaru dahulu. Shikamaru berpendapat bahawa ibunya, Temari (ninja perempuan dari Sunagakure) dan Ino (rakan sepasukan) adalah wanita yang paling menyusahkan. Walau demikian, Shikamaru pernah menyuarakan hajat untuk berumah tangga. Beberapa minit sebelum dia disangka akan dibunuh oleh ninja yang menyerang Konoha, dia berfikir, "Kahwinlah seseorang yang tidak terlalu cantik atau terlalu hodoh. Dapatkan dua orang anak, perempuan dulu, kemudian anak lelaki. Bersara selepas anak perempuan berkahwin dan anak lelaki menjadi ninja yang berjaya. Kemudian, menghabiskan hayat seterusnya dengan bermain Shogi atau Go. Suatu tempoh persaraan yang tenang tanpa masalah. Kemudian mati. Sebelum isteriku."

No comments: