Thursday, January 10, 2008

Musuh Lain

Sindiket Gato

Gato

Merupakan pengerusi sebuah syarikat perkapalan yang besar yang menjalankan aktiviti-aktiviti haram seperti menyeludup barangan dan mengedar dadah. Dia menguasai jalan pelayaran Tanah Ombak dan cuba memonopoli lokasi tersebut dengan mengasingkan Tanah Ombak daripada dunia luar; segala urusan import eskport terpaksa dihentikan dan Tanah Ombak menjadi sebuah negara yang mundur. Gato bersifat kejam, tamak dan merupakan orang yang memalukan dan membunuh Kaiza kerana dianggap sebagai wira negaranya. Tindakkannya disaksikan oleh Inari, anak tiri Kaiza dan mengakibatkan trauma kepadanya. Gato dilindungi oleh dua orang pengawal peribadi, Zori dan Waraji.

Gato biasanya mengupah ninja buruan dari Kirigakure (Kampung Kabus) termasuklah Momochi Zabuza, Haku dan Syaitan Bersaudara untuk membunuh Tazuna supaya dia tidak dapat meneruskan projek pembinaan jambatan yang akan menghubungkan Tanah Ombak kepada dunia luar dan seterusnya menjana semula ekonomi negara tersebut. Tetapi, selepas tangan Zabuza dipatahkan oleh Hatake Kakashi (yang diupah oleh Tazuna bersama-sama dengan Uzumaki Naruto, Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura). Gato menganggap bahawa Zabuza tidak berdaya untuk membuat apa-apa lagi dengan tangan patah dan memberitahunya bahawa dia sudah lama merancang untuk membunuh Zabuza kerana, "Selepas misi kau selesai, tiada sesiapa yang akan mempedulikan tindakan kami terhadap kau." Kemudian, dia memanggil sepasukan orang jahat jalanan untuk membunuh Zabuza. Tetapi, Zabuza masih mampu menyerang dengan menggigit sebilah kunai di mulutnya (dalam manga, Zabuza ditikam beberapa kali sebelum berjaya memancung kepada Gato manakala dalam anime pula, Gato ditikam dan dihiris beberapa kali sebelum ditolak ke bawah jambatan). Zabuza mati dan kumpulan orang jahat berjaya ditakutkan oleh gandingan bahu Naruto, Kakashi dan penduduk Negara Ombak. Jambatan tersebut dikatakan sebagai 'harapan bagi negara tersebut' oleh Kakashi dan apabila projek pembinaannya selesai, Tazuna menamakannya 'Jambatan Agung Naruto'.

Syaitan Bersaudara

Mereka merupakan ninja tahap Chunin dan kini ialah ninja buruan dari Kirigakure (Kampung Kabus). Mereka kini berada di bawah pimpinan Momochi Zabuza, seorang ninja buruan dari kampung yang sama, dan menggunakan keupayaan mereka sebagai ninja untuk mencari wang. Setiap saudara memakai sarung tangan besi yang mempunyai cakar bertinta racun yang dihubungkan dengan seutas rantai besi dan dioperasikan bersama-sama. Dengan melilit pihak lawan dengan rantai tersebut, mereka mampu menghiris mangsa kepada beberapa bahagian. Apabila mereka cuba membunuh Tazuna yang dilindungi oleh Hatake Kakashi, Uzumaki Naruto, Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura, Naruto yang belum pernah bertarung dalam situasi sebenar, tidak mampu bergerak kerana digenggam ketakutan dan hampir-hampir dibunuh jika tidak diselamatkan oleh Kakashi dan Sasuke. Kakashi berjaya menewaskan mereka berdua dengan mudah. Nasib mereka selepas ditangkap tidak diketahui.

Gozu

Merupakan saudara yang lebih tua dalam Syaitan Bersaudara. Dia dipengsankan oleh Kakashi dahulu dengan satu pukulan selepas berjaya meracuni tangan Naruto dengan sarung tangan besinya yang bertinta racun. Dia kemudiannya menyedarkan diri di sebelah adiknya Meizu yang juga telah diikat pada sebatang pokok. Memakai sarung tangan besi di tangan kiri.

Meizu

Merupakan saudara yang lebih muda dalam Syaitan Bersaudara. Dia dipengsankan kemudian oleh Kakashi semasa cuba menyerang Sasuke, Sakura dan Tazuna. Dia kemudiannya menyedarkan diri di sebelah abangnya Gozu. Memakai sarung tangan besi di tangan kanan.

Waraji

Merupakan salah seorang daripada dua pengawal peribadi Gato. Dia dikalahkan dan diikat oleh Naruto semasa cuba membunuh Inari dan mengambil ibunya, Tsunami sebagai orang tawanan.

Zori

Merupakan salah seorang daripada dua pengawal peribadi Gato. Dialah yang telah membunuh Kaiza. Dia dikalahkan dan diikat oleh Naruto semasa cuba membunuh Inari dan mengambil ibunya, Tsunami sebagai orang tawanan.

Calon-calon Ujian Chunin

Genin Hujan (Pasukan 1)

Baiu

Baiu ialah ninja yang pendek, gempal dan sepasukan dengan Shigure dan Midare yang berdepan dengan pasukan Gaara di Rimba Maut. Dia memakai topi buluh serta membawa dua kaki payung kertas lilin dan sebuah tangki oksigen di belakangnya. Gaara menggunakan 'Sabaku Kyū, 砂縛柩' (Keranda Gurun) diikuti dengan 'Sabaku Sōsō, 砂漠送葬' (Kematian Gurun) untuk membunuh Baiu dan kedua-dua rakan sepasukannya.

Midare

Midare ialah ninja yang bersaiz biasa dan sepasukan dengan Shigure dan Baiu yang berdepan dengan pasukan Gaara di Rimba Maut. Dia memakai topi buluh serta membawa dua kaki payung kertas lilin dan sebuah tangki oksigen di belakangnya. Dia kemudiannya dibunuh oleh Gaara.

Shigure

Dia dan rakan sepasukannya berdepan dengan pasukan Gaara di Rimba Maut. Dia membawa sembilan kaki payung kertas lilin (tujuh dalam anime) dan sebuah tangki oksigen. Dia mempunyai parut yang melintang dari pipi kanan ke mata kanan. Bahagian kanan mulutnya juga mempunyai kesan jahitan. Dia cuba menyerang Gaara dengan 'Senbon, 如雨露千本' (Jarum Bertaburan) tetapi Gaara berjaya menghadang setiap jarum yang ditujukan padanya. Shigure, kerana menyerang Gaara, dibunuh olehnya dahulu.

Genin Hujan (Pasukan 2)

Kesemua ahli pasukan ini memakai topeng bernafas, pakaian menyelam dan kain yang menutupi mata. Setiap ahli mempunyai bilangan lubang mata yang berbeza. Mereka mahir dalam genjutsu dan jurus klon ilusi yang selalu digunakan untuk mengelirukan dan meletihkan pihak lawan sebelum menyerang.

Dalam Bahagian Kedua Ujian Chunin, Oboro merupakan dirinya kepada Uzumaki Naruto untuk menyerang hendap Sasuke dan Sakura semasa Naruto membuang air kecil. Tetapi, Sasuke sedar bahawa 'Naruto' ini cumalah samaran kerana Oboro terlupa untuk meniru luka pada muka Naruto dan menggunakan tangan kirinya walhal Naruto bukan seorang kidal. Selepas identiti sebenarnya diketahui, Oboro menyerang Sasuke. Dengan menggunakan Sharingan, Sasuke berjaya mencederakan Oboro. Dia berundur dan mengatur strategi untuk serangan kali kedua.

Selepas itu, mereka mengekori Pasukan 7 dan Yakushi Kabuto. Mereka menggunakan 'Kori Shinchū no Jutsu, 狐狸心中の術' (Jurus Pengeliruan Minda) dan menyebabkan pihak lawan berjalan dalam satu pusingan besar selama berjam-jam. Apabila mereka menyedari penipuan ini, Genin Hujan menggunakan 'Kasumi Jūsha no Jutsu, 霞従者の術' (Jurus Hamba Kabus) menyebabkan seolah-olah ratusan klon bercambah dari pokok-pokok. Dari tempat persembunyian, mereka dapat membaling ke arah Pasukan 7. Naruto kemudiannya menghasilkan klon sebenar dan berlawan dengan klon Genin Hujan sepanjang malam. Pada waktu siang, apabila pasukan Naruto menjadi letih, Genin Hujan bercadang untuk menyerang mereka. Sebenarnya, empat Genin yang letih hanyalah seorang Naruto dan tiga klon bayangnya. Sasuke, Sakura dan Kabuto dapat berehat sedikit pada waktu malam dan tidak berlawan bersama-sama Naruto. Naruto selepas itu menumbuk ketiga-tiga Genin Hujan.

Sebagai serangan terakhir, mereka menggunakan 'Oboro Bunshin no Jutsu, 朧分身の術' (Jurus Pengklonan Kabus). Naruto klon tersebut menyerang satu persatu sehinggalah berjaya memukul ninja yang sebenar tetapi Sasuke yang menggunakan Sharingannya mengatakan bahawa orang sebenar tidak berada di situ. Apabila melihat Kabuto dan Naruto leka mendengar kata-kata Sasuke, Genin Hujan muncul dari dalam tanah dan menyerang Kabuto. Tetapi, mereka berasa terkejut dan takut melihat reaksi Kabuto yang tercedera. Naruto pula menggunakan peluang ini untuk menendang kesemua Ganin Hujan. Skrol mereka diambil oleh Pasukan 7 menyebabkan pasukan ini gagal dalam Ujian Chunin.

Kagari

Merupakan rakan sepasukan kepada Oboro dan Mubi. Dia memakai topeng bernafas dan kain yang menutup kedua-dua matanya.

Mubi

Mubi ialah rakan sepasukan kepada Oboro dan Kagari. Dia memakai topeng bernafas dan kain penutup mata yang menutup mata kirinya.

Oboro

Merupakan rakan sepasukan kepada Mubi dan Kagari. Dia memakai topeng bernafas kain penutup mata yang mempunyai dua lubang mata. Dia menggunakan perkataan 'lucky' dan 'unlucky' dengan terlampau banyak.

Ninja Awan

Ketua Ninja

Dihantar ke Konoha untuk menandatangani perundingan aman antara kedua-dua kampung. Tetapi, dia mempunyai agenda rahsia. Kumogakure (Kampung Awan) ingin mendapatkan rahsia Byakugan dan cuba menculik Hyuga Hinata tetapi telah dibunuh oleh ayahnya, Hyuga Hiashi. Kumogakure mengatakan bahawa Konoha telah melanggar syarat rundingan keamanan dan meminta mayat Hiashi sebagai ganti rugi. Walaupun Hiashi telah bersedia untuk mati, dia diselamatkan oleh Hizashi, saudara kembarnya yang rela mengambil tempat abangnya.

Perang Rahsia Ninja Ketiga

Ketiga-tiga ninja dari Kampung Batu muncul dalam Kakashi Gaiden (manga).

Kakko

Merupakan shinobi pertama yang mati dibunuh oleh Chidori Sharingan Kakashi. Dialah yang mengakibatkan kematian Uchiha Obito. Dia mahir menggunakan jurus elemen tanah dan membawa dua parang besar yang dikeluarkan dari lengan bajunya dalam sesuatu pertarungan. Bilah pedangnya cukup tajam sehingga mampu membelah pedang chakra putih Kakashi (dahulunya dipunyai oleh Hatake Sakumo.

Mahiru

Ditugaskan untuk mengawas lokasi Pasukan Hokahe Keempat. Dia menghasilkan lebih kurang 20 klon bayang yang dihapuskan oleh Chidori Kakashi. Tetapi, dia dapat mengelak serangan Chidori dan hampir-hampir membunuh Kakashi serta Obito jika tidak diselamatkan oleh Kilat Kuning Konoha. Dia kemudiannya dibunuh tetapi sempat menyuarakan kekesalan kerana tidak melarikan diri sementara masih ada peluang.

Taiseki

Merupakan shinobi yang mencederakan mata kiri Kakashi. Dia menggunakan jurus penyelindungan untuk menyerang hendap musuh. Dia dibunuh oleh Uchiha Obito selepas Obito membangunkan Sharingan dan berupaya mengesan gerak geri Taiseki.

No comments: