Thursday, January 10, 2008

Hokage

Hokage

Konoha mempunyai lima orang Hokage sejak Hokage Pertama mengasaskan kampung tersebut 60 tahun sebelum permulaan siri Naruto. Hokage Kelima ialah Hokage terkini bagi Konoha. Secara amnya, para Hokage ialah ninja terhandal di Konoha. Tetapi, oleh sebab beberapa aspek perlu dinilai dalam pemilihan Hokage, tidak semestinya ninja yang terkuat dan terhebat akan dipilih sebagai Hokage. Mereka juga bertindak sebagai ketua bagi Konohagakure.



Senarai Hokage

Berikut ialah senarai nama Hokage yang telah atau masih berkhidmat dalam Konoha.


Beliau merupakan pengasas kampung Konoha. Beliau juga ialah abang kepada Yang Kedua dan datuk kepada Tsunade yang kini merupakan Hokage Kelima. Beliau melihat penduduk kampung sebagai sebahagian daripada dirinya dan sentiasa mengutamakan kepentingan mereka. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang Hokage Ketiga selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.

Telah didedahkan juga bahawa Orochimaru menggunakan DNA beliau dalam satu eksperimen genetik dengan menyuntik DNA beliau kepada 60 subjek uji kaji. Hanya seorang sahaja yang tidak terkorban - Yamato. Orochimaru sebenarnya cuba mereplikasi jurus Yang Pertama yang unik iaitu teknik 'Mokuton, 木遁' ( Elemen Gabungan: Kayu) dan kebolehan mengawal syaitan berekor. Kebolehan ini dibantu oleh rantai yang diberikan kepada Tsunade dan kemudiannya diberikan kepada Naruto setelah Tsunade tewas dalam pertaruhan.

Dalam manga bab 336, Kakuzu pernah bertarung dengan Yang Pertama.

Hokage Kedua

Merupakan adik kepada Hokage Pertama. Beliau banyak menyumbang terhadap pembangunan Konoha sebagai kuasa utuh. Beliau juga amat bangga akan keupayaan kombat yang tinggi dan sangat mahir mengendalikan jurus berelemen air (beliau tidak perlu berada berhampiran dengan sumber air untuk melakukan jurus tersebut). Merupakan guru kepada Hokage Ketiga, Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang Hokage Ketiga selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.

Dalam anime, bekas Jonin Konoha Rokusho Aoi pernah mengatakan bahawa Hokage Kedua terkenal dengan pedang Raijinnya. Pedang tersebut diperbuat daripada tenaga tulen dan boleh ditarik masuk ke dalam hulunya. Anak murid Aoi, Morino Idate mencuri pedang tersebut dan menyerahkan pedang itu kepada Aoi dengan harapan dia dapat menjadi seorang Chunin. Aoi mendakwa bahawa pengguna pedang Raijin adalah kebal dalam mana-mana pertarungan. Dia dibuktikan salah apabila pedang Raijin retak dan pecah sebagai akibat Chidori dan Rasengan yang masing-masing dihasilkan oleh Uchiha Sasuke dan Uzumaki Naruto.

Hokage Ketiga

Sarutobi, Hokage Ketiga
Sarutobi, Hokage Ketiga


Nami kelurga Hokage Ketiga ialah Sarutobi (猿飛). Nama asalnya tidak diketahui. Nama keluarganya yang dilham daripada Sarutobi Sasuke, bermaksud "melompat seperti monyet", disokong dengan kebolehannya menyeru seekor monyet. Hokage Pertama dan Kedua memanggilnya Saru (猿) yang bermaksud monyet. Masashi Kishimoto pada asalnya berhajat menjadikan Hokage Ketiga seekor anjing tetapi idea itu akhirnya dibuang kerana dianggap "terlalu pelik".

Banyak aspek perwatakannya dipinjam daripada kesusasteraan Cina klasik Pengembaraan ke Barat; monyet yang diserunya mempunyai beberapa ciri ketara dengan watak utama cerita klasik ini iaitu Sun Wukong dan tongkat Sarutobi serupa dengan tongkat milik Sun Wukong.

Latar Belakang

Pasukan Sarutobi
Pasukan Sarutobi

Hokage Ketiga ialah bekas pelajar kepada Yang Pertama dan Yang Kedua dan sepasukan dengan Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Apabila dewasa, beliau menjadi guru kepada Jiraiya, Orochimaru dan Tsunade. Yang Ketiga ialah ayah kepada Sarutobi Asuma dan datuk kepada Konohamaru.

Selepas menjadi guru Orochimaru, beliau menyedari bakat semulajadi Orochimaru dan selalu menasihati Jiraiya agar mencontohi Orochimaru. Beliau juga menyedari kejahatan yang terpendam dalam jiwa Orochimaru dan berusaha untuk memimpin Orochimaru ke jalan yang benar. Selepas menjawat jawatan Hokage, Yang Ketiga mula mencari pengganti bagi tempatnya. Beliau berhajat untuk menyerahkan gelaran Hokage kepada Orochimaru tetapi kerana Orochimaru hanya memandang kepada kuasa, Yang Ketiga menyerahkan nama Hokage kepada salah satu pelajar Jiraiya.

Selepas bersara, Yang Ketiga menyiasat beberapa kes kehilangan diri yang berlaku di Konoha. Yang Ketiga akhirnya mendapati Orochimaru sebagai dalangnya. Setelah mengetahui bahawa Orochimaru menculik banyak orang untuk memperoleh kehidupan abadi, beliau bersedia untuk membunuh Orochimaru. Walaupun Orochimaru memberi peluang tersebut kepada Yang Ketiga, beliau tidak sampai hati mengambil nyawa anak murid kesayangannya. Orochimaru kemudiannya melarikan diri. Selepas itu, Kyubi menyerang Konoha dan Yang Keempat meninggal dunia selepas mengurung semangat Kyubi dalam badan Uzumaki Naruto. Maka, Yang Ketiga keluar daripada tempoh persaraan dan menjadi Hokage Konoha semula. Yang Ketiga juga digelar 'Profesor' kerana mempunyai bidang pengetahuan yang luas tentang jurus ninja dan khabarnya berjaya menguasai semua jurus dalam Konoha. Yang Ketiga juga dipaparkan sebagai seorang yang miang. Beliau pernah menawarkan diri untuk membantu Jiraiya menguji 'Tōton Jutsu, 透遁術' (Jurus Melenyapkan Diri) di kolam air panas. Dia juga tewas kepada 'Oiroke no Jutsu, おいろけの術' (Jurus Seksi) Naruto dan gemar berbual-bual dengan gadis muda pada masa lapang.

Hokage Keempat

Nama sebenar beliau ialah Namikaze Minato. Isteri beliau ialah Uzumaki Kushina. Dikenali sebagai 'Kilat Kuning Konoha'. Beliau ialah seorang ninja yang amat berani dan telah mengurung Kyubbi dalam Naruto. Beliau dikatakan ialah ninja terhandal yang pernah dilahirkan oleh Konoha. Sebelum mengurung Kyubi dalam tubuh Naruto, Yang Keempat mengatakan bahawa dia tidak mahu Naruto dilihat sebagai bekas menyimpan semangat Kyubi, tetapi sebagai wira yang menyelamatkan Konoha daripada kemusnahan. Permintaan ini tidak dikabulkan oleh penduduk kampung. Beliau merupakan anak murid kepada Jiraiya dan guru kepada Hatake Kakashi, Uchiha Obito dan Rin.

Yang Keempat mempunyai banyak ciri yang sama dengan Naruto. Mereka berdua memiliki rambut berwarna kuning dan kumpulan darah yang sama (B). Ini kerana Minato sebenarnya adalah ayah kepada Naruto bersama isterinya yang berasal dari negara perolakan (Uzumaki Kushina)tetapi personalitinya jauh berbeza daripada Naruto. Beliau seorang yang tenang dan tegas seperti yang di katakan oleh gurunya Jiraiya. Naruto lebih menyerupai sifat ibunya manakala rupanya lebih kepada ayahnya. Uchiha Itachi pernah menggelar Naruto sebagai 'peninggalan' Yang Keempat. Tambahan pula, sebelum Jiraiya menolak Naruto ke dalam gaung supaya Naruto boleh menyeru kuasa Kyubi, Jiraiya berkata, "Harap maaf, Yang Keempat." Setakat ini, nama sebenar, sejarah hidup dan hubungan kekeluargaan dengan mana-mana watak tidak didedahkan.

Yang Keempat telah mencipta beberapa teknik yang hebat seperti 'Hiraishin no Jutsu, 飛雷神の術' (Jurus Dewa Guruh Terbang) dan 'Rasengan'. Jurus terakhir tersebut sebenarnya belum lengkap; Yang Keempat berhajat untuk menggabungkan jurus ini dengan elemen chakranya tetapi tidak sempat kerana telah terkorban setelah mengurung Kyubi dengan Shiki Fuujin.dan setelah itu,hokage keempat terkurung dalam perut gamabunta dan saat ia keluar,ia hampir membunuh naruto.akhirnya hokage keempat menjadi ketua akatsuki dan digantikan oleh Tobi.

Hokage Kelima

Tsunade
Tsunade - Hokage Kelima
Tsunade - Hokage Kelima


Nama Tsunade, Jiraiya dan Orochimaru datang daripada Jiraiya Goketsu Monogatari (児雷也豪傑物語, "Kisah Jiraiya Yang Gagah Berani"). Tsunade dalam cerita ini mahir dalam menggunakan magis siput dan mengahwini Jiraiya. Nama "Tsunade" (綱手) bermaksud "tali tambatan".

Latar Belakang

Tsunade ialah bekas pelajar kepada Hokage Ketiga. Tsunade dan bekas rakan sepasukannya, Jiraiya dan Orochimaru dikenali sebagai 'Tiga Lagenda' (Sannin). Gelaran 'puteri' selalu digunakan bersama dengan nama Tsunade kerana dia merupakan cucu kepada Hokage Pertama.

Salah satu harta milik Tsunade yang bernilai ialah rantai yang dahulunya dipunyai oleh datuk Tsunade. Rantai tersebut dikatakan cukup mahal untuk membeli tiga buah gunung. Pada hari jadi adiknya, Nawaki yang kedua belas, Tsunade menghadiahkan rantai tersebut kepadanya dengan harapan Nawaki akan berjaya meraih nama Hokage. Keesokan harinya, Nawaki terkorban dalam satu pertarungan dan rantai tersebut pulang ke pangkuan Tsunade. Beberapa ketika kemudian, Tsunade jatuh cinta akan seorang lelaki bernama Dan yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage. Sebagai tanda sokongan dan cintanya kepada Dan, Tsunade menghadiahkan rantai milik darwah datuknya kepada Dan. Tetapi, Dan juga terkorban dalam peperangan dan sekali lagi memulangkan rantai tersebut kepada Tsunade.

Kematian Nawaki dan Dan meninggalkan impak yang sangat besar kepada Tsunade; kematian Dan dan kegagalan Tsunade untuk menyelamatkan nyawanya menyebabkan Tsunade menghidap hemofobia (takut akan darah). Orang ramai juga mula mempercayai bahawa sesiapa yang memiliki rantai Tsunade akan menemui maut dan dianggap telah disumpah. Maka, Tsunade turut hilang kepercayaan terhadap gelaran Hokage dan menganggap hanya si bodoh sahaja yang mahukan nama tersebut. Tsunade kemudiannya meninggalkan Konoha bersama-sama dengan anak saudara Dan, Shizune.

Tsunade memiliki kekuatan yang luar biasa. Kebolehan ini ialah hasil daya mengawal chakra Tsunade yang amat tinggi. Dengan mengumpul dan melepaskan chakra sebaik sahaja menyentuh sesuatu objek, dia boleh meningkatkan kekuatan fizikalnya sehingga mampu memecahkan batuan besar. Dia juga merupakan ninja perubatan yang mahir dan dapat merawat kecederaan parah yang selalunya akan membawa maut kepada mangsa. Tsunade telah mencipta 'Sōzō Saisei, 創造再生' (Kelahiran Semula Genesis), satu teknik yang membolehkan Tsunade menjana dan memulihkan semua luka pada penggunanya dengan membebaskan chakra yang dikumpulkan dalam tanda pada dahinya. Tetapi, jurus ini akan memendekkan jangka hayat Tsunade menyebabkan jurus ini hanya digunakan pada saat-saat kecemasan.

Walaupun dalam usia 50an, jurus 'Henge no Jutsu, 変化の術' (Teknik Peniruan) yang digunakan oleh Tsunade menyebabkannya kelihatan berumur di sekitar 20 tahun. Transformasi ini agak berbeza dengan transformasi biasa kerana perubahan fizikal pada Tsunade nampaknya kekal dan tidak dibengkalai apabila Tsunade dicederakan dalam pertarungan. Tsunade juga adalah seorang kaki judi yang selalu bernasib buruk. Maka, dia juga digelar 'Lagenda Kaki Judi Teruk' kerana keuntungan bersih yang diraih oleh pemain lawan. Apabila Tsunade benar-benar bernasib baik, dia melihat perkara tersebut sebagai alamat yang tidak baik. Biasanya, perkara yang tidak baik akan berlaku selepas itu. Simbol pada baju di bahagian belakang bermaksud judi (賭) memandangkan Tsunade suka berjudi pada masa lapangnya.


No comments: