Thursday, January 10, 2008

Keluarga

Keluarga Aburame

Keluarga Aburame mungkin merupakan keluarga paling misteri di Konoha. Tidak banyak yang diketahui tentang keluarga ini kecuali mereka menggunakan serangga sebagai senjata. Satu ciri yang menunjukkan identiti seseorang sebagai ahli keluarga Aburame ialah penggunaan cermin mata hitam untuk menyembunyikan mata mereka.

Serangga khas hidup secara simbiosis dengan perumahnya. Serangga ini hidup di bawah kulit perumahnya dan boleh keluar masuk melalui liang-liang roma. Serangga ini dipanggil 'kikaichu' atau 'kikai mushi' yang bermaksud 'serangga pemusnah'. Mereka makan chakra yang dipunyai oleh perumah dan sebagai balasan, mereka bertindak sebagai senjata bagi perumah tersebut dalam pertarungan. Seekor serangga betina boleh dibiarkan pada sasaran dan kemudiannya dijejaki melalui bau serangga tersebut. Serangga tersebut juga boleh dihantar mengintip dan memaklumkan perumahnya tentang maklumat yang dikumpul. Oleh sebab itu, keluarga Aburame cekap melaksanakan misi mengumpul maklumat (boleh berkomunikasi dengan serangga) dan kombat (boleh menyerang tanpa membuat bising).

Keluarga Akimichi

Keluarga Akimichi ialah salah satu daripada empat keluarga terhormat di Konoha. Mereka dapat menukarkan kalori kepada chakra yang kemudiannya digunakan dalam jurus rahsia 'Baika no Jutsu, 倍化の術' (Jurus Pelbagai Saiz) dan sebagainya.

Keluarga Akimichi mempunyai hubungan istimewa dengan Keluarga Nara dan Keluarga Yamanaka. Untuk sekurang-kurangnya dua generasi, ketiga-tiga keluarga ini telah membentuk kumpulan bertiga 'Ino-Shika-Cho' yang dinamakan bersempena bahagian pertama nama setiap ahli keluarga. Ahli keluarga Akimichi ialah bahagian Cho dalam kumpulan itu.

Keluarga Hyuga

Keluarga Hyuga ialah salah sebuah keluarga yang tua, kuat dan terhormat di Konoha. Keluarga ini terbahagi kepada dua bahagian - keluarga utama (宗家, Sōke) dan keluarga bawahan (分家, Bunke). Keluarga utama menguruskan keluarga Hyuga manakala keluarga bawahan berfungsi sebagai pelindung. Ahli bagi keluarga bawahan ditanda dengan tanda sumpahan. Tanda ini membenarkan ahli keluarga utama mengawal ahli keluarga bawahan kerana mereka boleh menghancurkan otak ahli keluarga bawahan dengan satu gerakan tangan. Tanda sumpahan ini menjamin keselamatan rahsia keluarga Hyuga, Byakugan kerana tanda ini mengunci Byakugan selepas ahli tersebut meninggal dunia. Terdapat banyak kepahitan dan dendam antara ahli keluarga kedua-dua bahagian ini kerana tidak kira sekuat dan sehandal mana ahli keluarga bawahan, mereka hanya berfungsi sebagai pelindung keluarga Hyuga. Sikap dan pemikiran ini jelas dilihat dalam Hizashi dan Neji.

Hyuga Hanabi

Merupakan anak perempuan kedua Hyuga Hiashi, maka ialah adik perempuan Hyuga Hinata. Hanabi bermaksud 'bunga api'. Apabila Hiashi berbincang dengan Kurenai tentang Hinata, dia mengatakan bahawa Hinata lebih lemah daripada Hanabi yang berusia lima tahun lebih muda. Hal ini menunjukkan bahawa Hanabi mempunyai bakat yang lebih tinggi daripada Hinata pada peringkat usia tersebut. Hanabi kelihatan sangat menurut kata dan pendiam di hadapan ayahnya.

Hyuga Hiashi

Merupakan saudara kembar kepada Hyuga HIzashi tetapi dilahirkan dahulu. Maka, Hiashi dimasukkan ke dalam keluarga utama.

Hiashi mempunyai dua orang anak perempuan, Hyuga Hinata (anak sulung) dan Hyuga Hanabi (anak bongsu). Hinata, sebagai anak sulung, ialah waris kepada Keluarga Hyuga. Tetapi, Hiashi lebih menyayangi Hanabi kerana dia lebih kuat daripada kakaknya. Apabila Hinata menjadi Genin, Hiashi mengatakan bahawa Hinata tidak bernilai dan meletakkan nyawanya dalam tangan Yuhi Kurenai. Dia juga meletakkan tanda sumpahan pada dahi anak saudaranya, Hyuga Neji.

Apabila Hiashi membunuh seorang shinobi dari Kumogakure yang cuba menculik Hinata untuk memperoleh rahsia Byakugan, Kumogakure meminta badan Hiashi sebagai 'ganti rugi' seperti yang dinyatakan dalam rundingan keamanan. Adik Hiashi, Hizashi, menawarkan diri untuk dibunuh lantas menyelamatkan nyawa abangnya. Hiashi tidak menyetujui Hizashi mengorbankan dirinya dan meninggalkan anak lelakinya keseorangan. Tetapi, Hizashi memengsankan Hiashi dengan satu pukulan dan berkata, "Saya tidak melakukan ini sebagai ahli keluarga bawahan tetapi kerana kita adik-beradik." Hiashi kemudiannya bercadang untuk tidak memaklumkan Neji tentang peristiwa sebenar sehinggalah apabila dia berasa Neji sudah cukup tua untuk menerima hakikatnya. Hiashi memberitahu perkara yang sebenarnya selepas kekalahan Neji kepada Uzumaki Naruto dalam Ujian Chunin.

Hiashi turut membantu mempertahankan Konoha semasa diserang oleh ninja dari Sunagakure dan Otogakure. Dia menghadang semua ninja lawan yang berani mendekatinya. Kemudian, dia mengatakan bahawa keluarga Hyuga ialah keluarga ninja yang terkuat di Konoha. Sebelum itu, ninja-ninja lawan tidak percaya bahawa Hiashi seorang mampu menewaskan mereka yang hadir dalam bilangan yang besar.

Hiashi sedar bahawa hubungan silaturahim yang rapat antara ahli keluarga adalah penting bagi menjamin perpaduan keuda-dua bahagian dalam keluarga Hyuga. Dia berkeputusan untuk melatih anak saudaranya, Neji. Sehubungan itu, Hiashi telah melanggar pantang larang dalam keluarga Hyuga iaitu tidak membenarkan ahli keluarga bawahan mempelajari rahsia sebenar keluarga Hyuga.

Hubungannya dengan Hinata juga bertambah baik walaupun Hinata masih bersikap malu dan Hiashi masih terlalu tegas terhadap anaknya.

Hyuga Hinata

Hyuga Hinata adalah seorang yang pemalu dan pendiam dan merupakan sebahagian daripada Pasukan 8 (Pasukan Kurenai) yang terdiri daripada Yuhi Kurenai (Jonin yang diamanahkan kepada pasukan ini), Inuzuka Kiba dan Aburame Shino. Sebagai anak sulung keluarga Hyuga, Hinata ialah waris kepada keluarga ini. Tetapi, ayahnya tidak mengendahkan Hinata sebagai anaknya kerana berpendapat bahawa adik Hinata, Hyuga Hanabi lebih kuat dan berkemahiran daripada kakaknya. Maka, ayahnya meletakkan Hinata dalam jagaan Kurenai apabila Kurenai menjadi guru Hinata dan berkata, "Buatlah apa-apa sahaja terhadap Hinata. Dia tidak ada nilainya kepada saya."

Sebagai ahli keluarga Hyuga, Hinata memiliki kekkei genkai Byakugan. Hal ini bermakna Hinata mempunyai medan penglihatan hampir 360°. Dia juga mahir dalam teknik 'Juken' yang membolehkannya merosakkan aliran chakra pihak lawan dan organ dalamannya dengan satu sentuhan ringan.

Pada mulanya, Hinata tidak mempunyai keyakinan diri dan mudah menyerah kalah. Walaupun dia berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaik dirinya, dia mudah mengaku kalah apabila berhadapan dengan kesukaran. Untuk mengubah dirinya, Hinata menyertai Ujian Chunin. Hinata juga secara diam-diam meminati Uzumaki Naruto walaupun Naruto langsung tidak menyedari hakikat ini. Dalam buku data pertama, Masashi Kishimoto mengatakan bahawa 'manusia dilahirkan berbeza daripada individu lain tetapi saya percaya bahawa manusia boleh berubah. Tema Hinata adalah dengan mempercayai diri sendiri, awak boleh menjadi orang yang baharu.'

Keluarga Bawahan

Hyuga Hizashi

Merupakan ayah Neji dan saudara kembar Hiashi. Oleh sebab dia dilahirkan kemudian, Hizashi diletakkan dalam keluarga bawahan Hyuga.

Disebabkan anak Hizashi, Neji merupakan ahli keluarga Hyuga yang terhandal tetapi berada dalam keluarga bawahan, Hizashi berasa agak tertekan. Dia amat mengambil berat terhadap abangnya tetapi pada masa yang sama berasa marah kerana ketidakadilan peraturan keluarga Hyuga. Apabila Neji dan Hinata sama-sama membesar, hubungan antara Hiashi dengan Hizashi kian rapuh kerana Hizashi berpendapat bahawa Neji, sebagai ninja paling berbakat dalam keluarga Hyuga pada usia muda sedemikian tidak akan berpeluang memimpin keluarga Hyuga kerana Neji ialah ahli keluarga bawahan. Apabila Hiashi menyedari perasaan dan fikiran adiknya, Hiashi membangunkan tanda sumpahan Hizashi dan hampir-hampir membunuh adiknya.

Apabila Hiashi membunuh ketua shinobi dari Kumogakure, mereka meminta badan Hiashi sebagai ganti rugi seperti yang dinyatakan dalam rundingan keamanan. Hizashi menawarkan diri untuk dibunuh sekaligus menyelamatkan nyawa abangnya. Dia berbuat begitu kerana menyayangi abangnya dan tidak memandang berat kepada status dan nama. Dia meninggalkan sepucuk surat kepada Neji yang memesan anaknya agar tidak sesekali berputus asa dalam mengubah nasib sendiri.

Hyuga Neji

Hyuga Neji ialah ahli dalam Pasukan Guy yang merangkumi dirinya, Rock Lee dan Tenten. Neji dan Lee saling bersaing seperti Hatake Kakashi dan Might Guy. Lee bertekad untuk membuktikan bahawa dirinya yang dilihat sebagai suatu 'kegagalan' masih dapat mengalahkan 'genius' seperti Neji. Tetapi, Neji tidak berminat langsung terhadap cita-cita Lee. Neji dapat bergaul dengan Tenten tanpa apa-apa masalah besar. Tenten pula sering membantu Neji berlatih dengan melontar senjata kepada Neji untuk dielak atau dihadang. Neji dan Tenten juga berkongsi pendapat tentang perangai Lee dan Guy yang agak ekstrem.

Sebagai ahli keluarga Hyuga, Neji mewarisi kekkei genkai Byakugan yang membenarkannya melihat aliran chakra pihak lawan. Dengan ini, Neji boleh menghentikan aliran tersebut dengan teknik Juken. Sebagai ahli keluarga bawahan, Neji tidak akan berpeluang mempelajari jurus rahsia Hyuga. Namun demikian, Neji masih berjaya menguasai beberapa teknik terkuat dengan sendirinya, malah mencipta beberapa teknik baru yang unik. maka, tidak hairanlah Neji dikenali sebagai ninja genius dan tamat pengajian di Akademi sebagai rookie nombor satu.

Disebabkan ayahnya, Hyuga Hizashi ialah ahli kepada keluarga Hyuga bawahan, Neji turut dilahirkan ke dalam keluarga bawahan. Maka, Neji ditanda dengan 'tanda keluarga bawahan Hyuga' pada usia yang muda supaya ahli keluarga utama dapat mengawal tindak tanduk Neji. Hizashi mengeluh tentang nasib Neji yang dilahirkan ke keluarga bawahan meskipun memiliki potensi dan bakat istimewa dan tidak mungkin dapat menjadi setaraf dengan keluarga utama.

Si kecil Neji selepas ditanda dengan 'tanda keluarga bawahan Hyuga'
Si kecil Neji selepas ditanda dengan 'tanda keluarga bawahan Hyuga'

Oleh sebab itu, Hizashi dan kemudiannya, Neji membenci keluarga utama. Apabila masa berlalu, kebencian Neji terhadap keluarga utama kian menyala apabila meyedari bahawa ayahnya dikorbankan demi menyelamatkan nyawa Hyuga Hiashi, abang kembar Hizashi. Disebabkan kejadian itu, Neji berfikir bahawa nasib seseorang telah ditentukan sejak dilahirkan lagi dan tidak kira apa-apa yang diusahakan, seseorang tidak boleh melarikan diri daripada nasib. Pemikiran sedemikian menyebabkan Neji membenci keluarga utama dan semua ahlinya.

Keluarga Inuzuka

Keluarga Inuzuka dikenali kerana menggunakan anjing sebagai teman seperjuangan. Ahli keluarga diberikan seekor anjing peliharaan apabila mencecah sesuatu umur. Selepas itu, ninja dan anjing peliharaannya tidak dapat dipisahkan lagi. Ahli keluarga mempunyai tanda merah pada pipi, mata yang menunjukkan ciri-ciri haiwan dan gigi taring yang besar.

Keluarga Nara

Keluarga Nara dikenali kerana mampu memanipulasi bayang-bayang dan kegiatan menternak rusa di kawasan hutan milik keluarga Nara. Mereka menyimpan buku-buku berkenaan kaedah menyediakan ubat dan akibatnya selama beberapa generasi. Kaum lelaki bagi keluarga ini bersikap malas dan selalunya tertarik kepada wanita yang suka mengongkong.

Keluarga Nara ialah Shika dalam kumpulan bertiga 'Ino-Shika-Cho'.

Keluarga Yamanaka

Keluarga Yamanaka memiliki sebuah kedai bunga dan mahir memanipulasi minda pihak lawan. Keluarga ini ialah Ino dalam kumpulan bertiga 'Ino-Shika-Cho'.

No comments: