Thursday, January 10, 2008

Tenten


Tenten
Tenten

Latar belakang

Tenten adalah sebahagian daripada Pasukan gai yang terdiri daripada dirinya, Hyuga Neji dan Rock Lee. Tenten amat mempercayai bahawa ninja perempuan boleh menjadi sekuat ninja lelaki dan bermatlamat suatu hari nanti, dia boleh menjadi sehebat Tsunade.

Tenten mahir mengendalikan pelbagai jenis senjata dan menggunakan skrol penyeruan dalam pertarungan. Ketepatannya adalah tidak tertanding dan senjata yang dilontarnya mengenai sasaran 100 kali daripada 100 cubaan. Gaya lawan Tenten yang tipikal melibatkan pelontaran senjata dengan tepat pada kelajuan yang tinggi. Tenten biasanya menggunakan gaya ini dalam membantu Neji berlatih. Seperti Neji, Tenten tidak berapa menyenangi latihan yang dijalani oleh Lee bersama-sama dengan Gai.

Kankuro

Kankuro
Kankuro

Latar Belakang

Kankuro ialah anak kedua bagi Kazekage Keempat. Maka, Kankuro ialah abang kepada Gaara dan adik kepada Temari. Kankuro dipaparkan sebagai seorang yang tidak menggemari kanak-kanak, seperti yang ditunjukkan dalam satu episod apabila dia mencemuh kehadiran budak-budak kecil di Konoha.

Karasu, salah satu boneka Kankuro dalam koleksinya
Karasu, salah satu boneka Kankuro dalam koleksinya

Kankuro mahir mengendalikan boneka dan sentiasa menambahkan koleksi bonekanya dari masa ke masa. Pada mulanya, Kankuro hanya memiliki sebuah patung, Karasu yang dikendong di belakang. Kankuro boleh bertukar tempat dengan Karasu bila-bila masa untuk mengelirukan pihak lawan. Karasu digunakan untuk menyerang pihak lawan dan telah dipasang dengan pelbagai senjata. Kemudian, Kankuro menambah dua boneka lagi kepada simpanannya iaitu Sanshuou dan Kuroari untuk berganding bahu dengan Karasu. Solekan pada mukanya mungkin berubah dengan perkembangan potensi dan keupayaan pertarungannya.

Temari

Temari

Temari
Temari

Latar Belakang

Temari ialah anak sulung kepada Kazekage Keempat. Maka, dia ialah kakak kepada Kankuro dan Gaara. Secara keseluruhannya, Temari bersifat penyayang (tetapi secara kasar) dan selalu menyuarakan fikirannya.

Temari mendedahkan ketiga-tiga 'bintang' pada kipasnya
Temari mendedahkan ketiga-tiga 'bintang' pada kipasnya

Dalam pertempuran, Temari menggunakan kipas gergasinya untuk menyerang. Dia juga boleh menggelongsor di atas kipasnya tetapi bagi jarak pendek sahaja. Pada kipasnya terdapat tiga bulatan ungu yang dipanggil 'bintang' oleh Temari. Apabila kipas ini dibuka untuk mendedahkan setiap 'bintang', keupayaan menyerang kipas tersebut turut bertambah. Jika kipas ini dibuka sepenuhnya, Temari boleh menggunakan jurus 'Kamaitachi no Jutsu, カマイタチの術' (Belahan Pusaran Angin) untuk mencipta puting beliung agar dapat menyerang pihak lawan yang berada jauh daripadanya. Sikap Temari yang analitik memberinya kebolehan membuat deduksi terhadap rancangan pihak lawan yang seterusnya dan mengagak kelemahan pihak lawan.

Gaara

Gaara
Gaara


Ia juga dikenali sebagai "Gaara dari Perkampungan Pasir", dan sering mendapat kedudukan dalam tangga ke-10 dalam pola undian watak-watak terkenal majalah Shonen Jump di Jepun.

Latar Belakang

Gaara merupakan anak bongsu Kazekage Keempat. Maka, Gaara ialah adik kepada Temari dan Kankuro. Oleh sebab keadaan Kampung Pasir yang lemah, Kazekage Keempat mengarahkan Chiyo mengunakan sejenis jurus untuk mengurung 'Ichibi' (Satu Ekor), Shukaku dalam Gaara agar anaknya menjadi senjata terkuat Sunagakure. Sebagai akibatnya, ibu Gaara, Karura, mati semasa melahirkan Garaa. Sebelum dia mati, Karura menyumpah Sunagakure dan berharap agar Gaara akan membalas dendam atas kematiannya. Gaara dilatih oleh ayahnya tetapi dijaga oleh pakciknya, Yashamaru. Selama enam tahun, Gaara berasa hanya Yashamaru menyayanginya kerana dia digeruni oleh ahli keluarganya dan penduduk kampung. Apabila Gaara berumur enam tahun, ayah Gaara menyuruh Yashamaru untuk membunuhnya. Kazekage berpendapat bahawa Gaara adalah satu eksperimen yang telah gagal dan bakal menjadi ancaman kepada penduduk kampung lain. Gaara telah mencederakan pembunuh itu dengan parah sebelum menyedari identiti sebenarnya - Yashamaru. Sebelum Yashamaru mati, dia mendedahkan bahawa dia tidak pernah menyayangi Garaa kerana Garaa telah mengakibatkan kematian kakaknya, Karura. Yashamaru juga mendedahkan sumber nama Garaa: 我を愛する修羅, (Ware o ai suru shura, "raksasa yang hanya menyayangi dirinya"). Selama enam tahun yang seterusnya, Gaara menjadi mangsa cubaan pembunuhan yang diperintah oleh ayahnya.

Gaara dan Shukaku

Shukaku
Shukaku

Sebagai perumah Shukaku, Gaara mempunyai kebolehan untuk memanipulasi pasir. Gaara mengendong sebuah labu sayong di belakangnya yang dipenuhi dengan pasir khas; pasir ini telah bersebati dengan chakranya dan darah mangsa yang mati di tangan Gaara. Gaara dapat mengawal apa-apa jenis pasir dan juga memecahkan galian dan mineral dalam tanah dengan pasir. Pun begitu, pasir peribadinya yang disimpan dalam labu sayongnya lebih mudah untuk dikendalikan kerana telah lama bersebati dengan chakranya. Jika Gaara menggunakan pasir lain, dia terpaksa menggunakan lebih banyak chakra untuk menganimasikannya mengikut kehendak sendiri. Dengan pasir peribadinya, Gaara akan sentiasa mempunyai bekalan pasir sekaligus berupaya menyerang dengan kelajuan dan kuasa yang lebih tinggi.

Gaara menghadang serangan lawan dengan 'Perisai Pasir'
Gaara menghadang serangan lawan dengan 'Perisai Pasir'

Dalam pertarungan, Gaara jarang bergerak dan menggunakan taijutsu, sebaliknya menggunakan pasir untuk menghadang dan menyerang secara serentak. Semasa berlawan, Gaara sering menggunakan gabungan jurus 'Sabaku Kyū, 砂縛柩' (Keranda Gurun) diikuti oleh 'Sabaku Sōsō, 砂漠送葬' (Kematian Gurun) untuk memerangkap dan seterusnya membunuh pihak lawan. Gaara boleh memperluas skala serangannya dengan menggunakan jurus 'Ryūsa Bakuryū, 流砂瀑流' (Pasir Jerlus Gaya Air Terjun) dan diikuti oleh 'Sabaku Taisō, 砂漠大葬' (Kematian Gurun Diraja). Serangan ini dikatakan boleh menewaskan seangkatan tentera. Gaara juga boleh memanipulasikan pasir bagi tujuan terapung di udara dan mengintip.

Pertahanan utama Gaara ialah 'Suna no Tate, 砂の盾' (Perisai Pasir) yang memberikan perlindungan daripada sebarang serangan dan ancaman. Namun, perisai ini masih boleh ditangani dengan ketangkasan dan kuasa yang tinggi. Jika 'Perisai Pasir' gagal melindunginya, Gaara akan menggunakan jurus 'Suna no Yoroi, 砂の鎧' (Pelindung Pasir). Pasir yang dimampatkan akan menyelubungi tubuh Gaara. Jurus ini menggunakan kuantiti chakra yang besar dan memudaratkan staminanya. Jika Gaara tidak mahu menggunakan jurus tersebut, Gaara boleh membina satu sfera pasir yang lutsenjata untuk memberikannya perlindungan terhebat. Walaupun jurus ini tidak menggunakan chakra yang banyak, Gaara akan terkurung dalam sfera tersebut. Sebagai tambahan, sfera ini boleh membentuk lembing-lembing tajam untuk menikam sesiapa yang cuba mendekati.

Dalam situasi yang terdesak, Gaara boleh mengambil bentuk Shukaku dan menjadikan dirinya beberapa kali ganda lebih kuat daripada diri asalnya. Gaara akan menambahkan beberapa lapisan pasir pada badannya sehinggalah mencapai bentuk Shukaku. Proses ini mengambil masa yang panjang. Sehubungan itu, Gaara akan berlindung di dalam sfera pasir buat sementara waktu agar tidak diganggu. Dalam transformasi ini, Shukaku mendominasi jiwa Gaara dan menjadikan Gaara lebih kejam daripada biasa. Sehabisnya proses tersebut, gaya lawan Gaara akan bertukar daripada serangan jarak jauh kepada pertarungan secara fizikal. Gaara masih boleh berlawan jarak jauh dengan melontar senjata yang diperbuat daripada pasir seperti shuriken. Gaara juga boleh melakukan beberapa jurus berelemen angin.

Gaara boleh menjadi Shukaku bersaiz sebenar jika Shukaku bersaiz manusianya gagal menewaskan pihak lawan. Dia akan berada di dalam tubuh Shukaku (bersaiz gergasi) agar terselamat daripada sebarang serangan fizikal tetapi tidak lagi boleh bergerak. Dalam bentuk ini, Gaara boleh membebaskan semangat Shukaku melalui jurus 'Tanuki Neiri no Jutsu, 狸寝入りの術' (Jurus Pemaksaan Tidur). Dengan ini, Shukaku yang sebenar dibangunkan. Diri Gaara yang sebenar pula akan berada di atas permukaan tubuh Shukaku, separuh terbenam. Untuk memendamkan semangat Shukaku, Gaara perlu dikejutkan daripada tidur.

Sai

Sai

Sai dalam siri anime Naruto Shippuden
Sai dalam siri anime Naruto Shippuden


Latar Belakang

Sai merupakan salah satu ahli dari cabang pasukan khas ANBU yang bergelar ROOT (Akar) dari perkampungan ninja Konoha yang kini tdak lagi bergiat aktif. Ia merupakan seorang ninja ANBU yang mempunyai kuasa berunsur ninjutsu artistik. Walau bagaimanapun, Sai bukanlah nama sebenarnya, ia merupakan satu kod nama yang diberikan kepadanya oleh Danzo untuk misi menyeludup ke pasukan ke-7-nya. Sai bertanggungjawab menggantikan tempat Uchiha Sasuke yang kini menjadi ninja pelarian di sisi Orochimaru. Nama sebenarnya masih belum diketahui dan satu-satunya yang pasti Sai sebaya dengan Naruto dan yang lain.

Sai menggunakan skrol, berus warna dan dakwat untuk menghasilkan binatang berbentuk lukisan yang akan mengikut arahannya. Sai turut membawa sebilah pedang yang disimpan di belakang badannya.

Misi pertamanya selepas memasuki Kumpulan ke-7 (tanpa pengetahuan mereka) adalah untuk membunuh Uchiha Sasuke kerana ancaman yang disebabkan olehnya ke atas perkampungan Konoha. Namun selepas menyedari ikatan perhubungan antara Naruto dengan Sasuke, Sai membuat keputusan untuk melindungi ikatan perhubungan tersebut dan cuba menyelamatkan Sasuke daripada Orochimaru.

Sikap Sai terhadap Uzumaki Naruto dan Haruno Sakura pada awalnya agak kasar dan tidak bersopan. Sai memperkenalkan dirinya kepada Naruto, Nara Shikamaru dan Akimichi Choji dengan menyerang hendap bagi menguji kekuatan Naruto. Dia pernah menghina Naruto dan memanggil Sakura sebagai 'hodoh' kerana tidak tahu untuk bersosial dengan orang lain.

Senarai ninja-ninja lain Konohagakure

Senarai ninja-ninja lain Konohagakure

Berikut ialah senarai nama shinobi Konoha lain yang tidak tergolong dalam mana-mana pangkat Jonin, Chunin, Genin, Hokage atau pun pelajar Akademi. Walupun begitu, mereka masih dihormati dan menetap di Konoha sehingga kini.


Danzo

Danzo lebih bersikap militari daripada penduduk kampung lain di Konoha dan lebih gemar akan keganasan dan peperangan daripada ketenangan dan keamanan. Pada masa dahulu, Danzo bersaing dengan Sarutobi untuk mejawat gelaran Hokage Ketiga. Dia mengasaskan pusat latihan ANBU yang dikenali sebagai 'Akar'. Pusat ini telah dibubarkan. Danzo telah mencadangkan Sai agar ditempatkan dalam Pasukan 7.

Danzo nampaknya sedang menyokong Hokage terkini dan Konoha tetapi Yang Kelima tidak mempercayainya. Gerak hatinya dibuktikan tepat apabila Danzo menugaskan Sai untuk menghubungi Orochimaru dan bekerja di bawah arahannya tanpa diketahui oleh Tsunade. Yamato mempercayai bahawa Danzo cuba menguasai Konoha dengan bantuan Orochimaru. Pendapat ini kemudiannya disokong oleh sekeping sampul surat yang diserahkan oleh Danzo kepada Orochimaru; sampul tersebut mengandungi gambar dan maklumat berkenaan identiti sebenar anggota ANBU Konoha. Tetapi, semua langkah tersebut hany bertujuan untuk membolehkan Sai merapati Orochimaru agar berpeluang melaksanakan misi sebenarnya - membunuh Uchiha Sasuke.

Kekuatan sebenar Danzo belum diketahui tetapi kemahiran ninjanya mestilah berada di peringkat yang agak tinggi kerana mampu bersaing untuk gelaran Hokage. Niat sebenarnya terhadap Konoha juga merupakan satu misteri - dianggap Danzo sanggup mengambil alih Konoha melalui kekerasan kerana telah menghubungi Orochimaru. Sai juga pernah menyatakan bahawa Danzo merancang untuk menguasai Konoha dan membentuknya mengikut acuan sendiri (keinginan Danzo). Menurut Sai lagi, Danzo kemudiannya akan mengkhianati Orochimaru selepas rancangannya berjaya dan salah satu cara untuk menjayakan plan tersebut ialah membunuh Sasuke, bakal pengganti tubuh Orochimaru.

Danzo nampaknya tidak berapa menyenangi sikap Sai yang suka mendampingi Pasukan 7. Namun demikian, dia tidak membunuh Sai; Danzo hanya berkata, "Emosi melahirkan kebencian, dan kebencian melahirkan peperangan." Dia kemudiannya membenarkan Sai mengekalkan namanya dan bersahabat dengan ahli-ahli Pasukan 7. Sikap sebenarnya masih belum diketahui.

Mitokado Homura

Merupakan bekas rakan sepasukan Hokage Ketiga dan Utatane Koharu. Tidak seperti Yang Ketiga, dia tidak menyenangi Naruto. Dia dan Koharu mahu mengehadkan bilangan misi yang dilaksanakan oleh Naruto dan tempat-tempat yang dikunjunginya kerana bimbang Naruto akan akan menjadi mangsa Akatsuki.

Utatane Koharu

Koharu ialah bekas rakan sepasukan Hokage Ketiga dan Mitokado Homura. Seperti Homura, dia tidak menyenangi Naruto. Dia dan Homura mahu mengehadkan bilangan misi yang dilaksanakan oleh Naruto dan tempat-tempat yang dikunjunginya kerana bimbang Naruto akan akan menjadi mangsa Akatsuki. Dalam episod 200 anime, dia menggunakan satu jurus yang tidak bernama untuk mengesan dan mengeluarkan tag meletup di dalam dinding. Hubungannya dengan Tsunade juga tidak berapa baik. Dia tidak mudah berasa gentar dan berani menasihati Tsunade agar melakukan tugas sejajar dengan bidang kuasa seorang Hokage.

ANBU

Sai


Yamato


Uzuki Yugao

Merupakan ahli pasukan ANBU Konoha dan teman wanita arwah Gekko Hayate. Dia pernah bersumpah untuk membela kematian Hayate yang dibunuh oleh Baki. Tetapi, adalah tidak diketahui jika Yugao meyedari identiti pembunuh Hayate. Mungkin juga keinginan untuk membunuh Baki kian pudar selepas Sunagakure bersekutu dengan Konoha.

Gaya pertuturannya dengan Hatake Kakashi memberi bayangan bahawa Kakashi pernah menjadi seniornya ketika dia berada dalam pasukan ANBU.

Haiwan

Akamaru

Akamaru ialah anjing peliharaan, teman dan sahabat baik Inuzuka Kiba. Akamaru mempunyai deria bau dan pendengaran yang amat baik menyebabkan dia cekap dalam tugas mengumpul dan berkongsi maklumat. Ia juga mampu mengesan chakra musuh dengan hidungnya. Maka, ia dapat mengagak kekuatan pihak lawan dan memberi amaran kepada Kiba agar berwaspada. Akamaru dan Kiba sentiasa menyerang bersama-sama dengan jurus 'Jūjin Bunshin, 獣人分身' (Klon Manusia-Haiwan) untuk mengelirukan pihak lawan. Mereka juga mampu mengendalikan jurus yang hebat seperti 'Jinjū Konbi Henge: Sōtōrō, 人獣混合変化' (Transformasi Gabungan Manusia dan Haiwan: Musang Kepala Berkembar).

Dalam Bahagian Kedua, Akamaru telah membesar beberapa kali ganda saiz asalnya. Kiba kini boleh menunggang di belakangnya. Apabila Naruto melahirkan rasa hairannya tentang pertambahan saiz Akamaru secara mendadak, Kiba mengatakan bahawa dia tidak perasan akan perubahan tersebut kerana sentiasa bersama-sama dengan Akamaru.

Haimaru Sankyodai

Bermaksud 'Kembar Tiga Haimaru'. Mereka ialah teman seperjuangan Inuzuka Hana. Bulu mereka berwarna kelabu.

Kuromaru

Kuromaru ialah anjing peliharaan dan teman kepada Inuzuka Tsume. Kuromaru mempunyai muka seperti musang dan tidak mempunyai mata kiri dan telinga kanan. Ia boleh bercakap dan berbulu hitam.

Tonton

Merupakan khinzir peliharaan Tsunade dan sering dijaga oleh Shizune. Ia tidak bertutur dalam apa-apa bahasa yang difahami manusia tetapi masih dapat menyampaikan maksudnya kepada Tsunade dan Shizune. Hidung Tonton juga dapat mengesan jejak sesuatu objek.

Hokage

Hokage

Konoha mempunyai lima orang Hokage sejak Hokage Pertama mengasaskan kampung tersebut 60 tahun sebelum permulaan siri Naruto. Hokage Kelima ialah Hokage terkini bagi Konoha. Secara amnya, para Hokage ialah ninja terhandal di Konoha. Tetapi, oleh sebab beberapa aspek perlu dinilai dalam pemilihan Hokage, tidak semestinya ninja yang terkuat dan terhebat akan dipilih sebagai Hokage. Mereka juga bertindak sebagai ketua bagi Konohagakure.



Senarai Hokage

Berikut ialah senarai nama Hokage yang telah atau masih berkhidmat dalam Konoha.


Beliau merupakan pengasas kampung Konoha. Beliau juga ialah abang kepada Yang Kedua dan datuk kepada Tsunade yang kini merupakan Hokage Kelima. Beliau melihat penduduk kampung sebagai sebahagian daripada dirinya dan sentiasa mengutamakan kepentingan mereka. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang Hokage Ketiga selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.

Telah didedahkan juga bahawa Orochimaru menggunakan DNA beliau dalam satu eksperimen genetik dengan menyuntik DNA beliau kepada 60 subjek uji kaji. Hanya seorang sahaja yang tidak terkorban - Yamato. Orochimaru sebenarnya cuba mereplikasi jurus Yang Pertama yang unik iaitu teknik 'Mokuton, 木遁' ( Elemen Gabungan: Kayu) dan kebolehan mengawal syaitan berekor. Kebolehan ini dibantu oleh rantai yang diberikan kepada Tsunade dan kemudiannya diberikan kepada Naruto setelah Tsunade tewas dalam pertaruhan.

Dalam manga bab 336, Kakuzu pernah bertarung dengan Yang Pertama.

Hokage Kedua

Merupakan adik kepada Hokage Pertama. Beliau banyak menyumbang terhadap pembangunan Konoha sebagai kuasa utuh. Beliau juga amat bangga akan keupayaan kombat yang tinggi dan sangat mahir mengendalikan jurus berelemen air (beliau tidak perlu berada berhampiran dengan sumber air untuk melakukan jurus tersebut). Merupakan guru kepada Hokage Ketiga, Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang Hokage Ketiga selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.

Dalam anime, bekas Jonin Konoha Rokusho Aoi pernah mengatakan bahawa Hokage Kedua terkenal dengan pedang Raijinnya. Pedang tersebut diperbuat daripada tenaga tulen dan boleh ditarik masuk ke dalam hulunya. Anak murid Aoi, Morino Idate mencuri pedang tersebut dan menyerahkan pedang itu kepada Aoi dengan harapan dia dapat menjadi seorang Chunin. Aoi mendakwa bahawa pengguna pedang Raijin adalah kebal dalam mana-mana pertarungan. Dia dibuktikan salah apabila pedang Raijin retak dan pecah sebagai akibat Chidori dan Rasengan yang masing-masing dihasilkan oleh Uchiha Sasuke dan Uzumaki Naruto.

Hokage Ketiga

Sarutobi, Hokage Ketiga
Sarutobi, Hokage Ketiga


Nami kelurga Hokage Ketiga ialah Sarutobi (猿飛). Nama asalnya tidak diketahui. Nama keluarganya yang dilham daripada Sarutobi Sasuke, bermaksud "melompat seperti monyet", disokong dengan kebolehannya menyeru seekor monyet. Hokage Pertama dan Kedua memanggilnya Saru (猿) yang bermaksud monyet. Masashi Kishimoto pada asalnya berhajat menjadikan Hokage Ketiga seekor anjing tetapi idea itu akhirnya dibuang kerana dianggap "terlalu pelik".

Banyak aspek perwatakannya dipinjam daripada kesusasteraan Cina klasik Pengembaraan ke Barat; monyet yang diserunya mempunyai beberapa ciri ketara dengan watak utama cerita klasik ini iaitu Sun Wukong dan tongkat Sarutobi serupa dengan tongkat milik Sun Wukong.

Latar Belakang

Pasukan Sarutobi
Pasukan Sarutobi

Hokage Ketiga ialah bekas pelajar kepada Yang Pertama dan Yang Kedua dan sepasukan dengan Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Apabila dewasa, beliau menjadi guru kepada Jiraiya, Orochimaru dan Tsunade. Yang Ketiga ialah ayah kepada Sarutobi Asuma dan datuk kepada Konohamaru.

Selepas menjadi guru Orochimaru, beliau menyedari bakat semulajadi Orochimaru dan selalu menasihati Jiraiya agar mencontohi Orochimaru. Beliau juga menyedari kejahatan yang terpendam dalam jiwa Orochimaru dan berusaha untuk memimpin Orochimaru ke jalan yang benar. Selepas menjawat jawatan Hokage, Yang Ketiga mula mencari pengganti bagi tempatnya. Beliau berhajat untuk menyerahkan gelaran Hokage kepada Orochimaru tetapi kerana Orochimaru hanya memandang kepada kuasa, Yang Ketiga menyerahkan nama Hokage kepada salah satu pelajar Jiraiya.

Selepas bersara, Yang Ketiga menyiasat beberapa kes kehilangan diri yang berlaku di Konoha. Yang Ketiga akhirnya mendapati Orochimaru sebagai dalangnya. Setelah mengetahui bahawa Orochimaru menculik banyak orang untuk memperoleh kehidupan abadi, beliau bersedia untuk membunuh Orochimaru. Walaupun Orochimaru memberi peluang tersebut kepada Yang Ketiga, beliau tidak sampai hati mengambil nyawa anak murid kesayangannya. Orochimaru kemudiannya melarikan diri. Selepas itu, Kyubi menyerang Konoha dan Yang Keempat meninggal dunia selepas mengurung semangat Kyubi dalam badan Uzumaki Naruto. Maka, Yang Ketiga keluar daripada tempoh persaraan dan menjadi Hokage Konoha semula. Yang Ketiga juga digelar 'Profesor' kerana mempunyai bidang pengetahuan yang luas tentang jurus ninja dan khabarnya berjaya menguasai semua jurus dalam Konoha. Yang Ketiga juga dipaparkan sebagai seorang yang miang. Beliau pernah menawarkan diri untuk membantu Jiraiya menguji 'Tōton Jutsu, 透遁術' (Jurus Melenyapkan Diri) di kolam air panas. Dia juga tewas kepada 'Oiroke no Jutsu, おいろけの術' (Jurus Seksi) Naruto dan gemar berbual-bual dengan gadis muda pada masa lapang.

Hokage Keempat

Nama sebenar beliau ialah Namikaze Minato. Isteri beliau ialah Uzumaki Kushina. Dikenali sebagai 'Kilat Kuning Konoha'. Beliau ialah seorang ninja yang amat berani dan telah mengurung Kyubbi dalam Naruto. Beliau dikatakan ialah ninja terhandal yang pernah dilahirkan oleh Konoha. Sebelum mengurung Kyubi dalam tubuh Naruto, Yang Keempat mengatakan bahawa dia tidak mahu Naruto dilihat sebagai bekas menyimpan semangat Kyubi, tetapi sebagai wira yang menyelamatkan Konoha daripada kemusnahan. Permintaan ini tidak dikabulkan oleh penduduk kampung. Beliau merupakan anak murid kepada Jiraiya dan guru kepada Hatake Kakashi, Uchiha Obito dan Rin.

Yang Keempat mempunyai banyak ciri yang sama dengan Naruto. Mereka berdua memiliki rambut berwarna kuning dan kumpulan darah yang sama (B). Ini kerana Minato sebenarnya adalah ayah kepada Naruto bersama isterinya yang berasal dari negara perolakan (Uzumaki Kushina)tetapi personalitinya jauh berbeza daripada Naruto. Beliau seorang yang tenang dan tegas seperti yang di katakan oleh gurunya Jiraiya. Naruto lebih menyerupai sifat ibunya manakala rupanya lebih kepada ayahnya. Uchiha Itachi pernah menggelar Naruto sebagai 'peninggalan' Yang Keempat. Tambahan pula, sebelum Jiraiya menolak Naruto ke dalam gaung supaya Naruto boleh menyeru kuasa Kyubi, Jiraiya berkata, "Harap maaf, Yang Keempat." Setakat ini, nama sebenar, sejarah hidup dan hubungan kekeluargaan dengan mana-mana watak tidak didedahkan.

Yang Keempat telah mencipta beberapa teknik yang hebat seperti 'Hiraishin no Jutsu, 飛雷神の術' (Jurus Dewa Guruh Terbang) dan 'Rasengan'. Jurus terakhir tersebut sebenarnya belum lengkap; Yang Keempat berhajat untuk menggabungkan jurus ini dengan elemen chakranya tetapi tidak sempat kerana telah terkorban setelah mengurung Kyubi dengan Shiki Fuujin.dan setelah itu,hokage keempat terkurung dalam perut gamabunta dan saat ia keluar,ia hampir membunuh naruto.akhirnya hokage keempat menjadi ketua akatsuki dan digantikan oleh Tobi.

Hokage Kelima

Tsunade
Tsunade - Hokage Kelima
Tsunade - Hokage Kelima


Nama Tsunade, Jiraiya dan Orochimaru datang daripada Jiraiya Goketsu Monogatari (児雷也豪傑物語, "Kisah Jiraiya Yang Gagah Berani"). Tsunade dalam cerita ini mahir dalam menggunakan magis siput dan mengahwini Jiraiya. Nama "Tsunade" (綱手) bermaksud "tali tambatan".

Latar Belakang

Tsunade ialah bekas pelajar kepada Hokage Ketiga. Tsunade dan bekas rakan sepasukannya, Jiraiya dan Orochimaru dikenali sebagai 'Tiga Lagenda' (Sannin). Gelaran 'puteri' selalu digunakan bersama dengan nama Tsunade kerana dia merupakan cucu kepada Hokage Pertama.

Salah satu harta milik Tsunade yang bernilai ialah rantai yang dahulunya dipunyai oleh datuk Tsunade. Rantai tersebut dikatakan cukup mahal untuk membeli tiga buah gunung. Pada hari jadi adiknya, Nawaki yang kedua belas, Tsunade menghadiahkan rantai tersebut kepadanya dengan harapan Nawaki akan berjaya meraih nama Hokage. Keesokan harinya, Nawaki terkorban dalam satu pertarungan dan rantai tersebut pulang ke pangkuan Tsunade. Beberapa ketika kemudian, Tsunade jatuh cinta akan seorang lelaki bernama Dan yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage. Sebagai tanda sokongan dan cintanya kepada Dan, Tsunade menghadiahkan rantai milik darwah datuknya kepada Dan. Tetapi, Dan juga terkorban dalam peperangan dan sekali lagi memulangkan rantai tersebut kepada Tsunade.

Kematian Nawaki dan Dan meninggalkan impak yang sangat besar kepada Tsunade; kematian Dan dan kegagalan Tsunade untuk menyelamatkan nyawanya menyebabkan Tsunade menghidap hemofobia (takut akan darah). Orang ramai juga mula mempercayai bahawa sesiapa yang memiliki rantai Tsunade akan menemui maut dan dianggap telah disumpah. Maka, Tsunade turut hilang kepercayaan terhadap gelaran Hokage dan menganggap hanya si bodoh sahaja yang mahukan nama tersebut. Tsunade kemudiannya meninggalkan Konoha bersama-sama dengan anak saudara Dan, Shizune.

Tsunade memiliki kekuatan yang luar biasa. Kebolehan ini ialah hasil daya mengawal chakra Tsunade yang amat tinggi. Dengan mengumpul dan melepaskan chakra sebaik sahaja menyentuh sesuatu objek, dia boleh meningkatkan kekuatan fizikalnya sehingga mampu memecahkan batuan besar. Dia juga merupakan ninja perubatan yang mahir dan dapat merawat kecederaan parah yang selalunya akan membawa maut kepada mangsa. Tsunade telah mencipta 'Sōzō Saisei, 創造再生' (Kelahiran Semula Genesis), satu teknik yang membolehkan Tsunade menjana dan memulihkan semua luka pada penggunanya dengan membebaskan chakra yang dikumpulkan dalam tanda pada dahinya. Tetapi, jurus ini akan memendekkan jangka hayat Tsunade menyebabkan jurus ini hanya digunakan pada saat-saat kecemasan.

Walaupun dalam usia 50an, jurus 'Henge no Jutsu, 変化の術' (Teknik Peniruan) yang digunakan oleh Tsunade menyebabkannya kelihatan berumur di sekitar 20 tahun. Transformasi ini agak berbeza dengan transformasi biasa kerana perubahan fizikal pada Tsunade nampaknya kekal dan tidak dibengkalai apabila Tsunade dicederakan dalam pertarungan. Tsunade juga adalah seorang kaki judi yang selalu bernasib buruk. Maka, dia juga digelar 'Lagenda Kaki Judi Teruk' kerana keuntungan bersih yang diraih oleh pemain lawan. Apabila Tsunade benar-benar bernasib baik, dia melihat perkara tersebut sebagai alamat yang tidak baik. Biasanya, perkara yang tidak baik akan berlaku selepas itu. Simbol pada baju di bahagian belakang bermaksud judi (賭) memandangkan Tsunade suka berjudi pada masa lapangnya.